Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Ralph Fiennes Nyatakan Minat Muncul sebagai Alfred Pennyworth dalam filem solo THE BATMAN!

Walaupun kita sudah sedia maklum bahawa Ben Affleck bakal digantikan dengan pelakon baru dan muda untuk filem solo The Batman, masih belum jelas sama ada pengarah Matt Reeves turut akan menggantikan pelakon J.K. Simmons (Commissioner Jim Gordon) dan Jeremy Irons (Alfred Pennyworth) juga.

Terkini adalah laporan yang menyatakan bahawa Ralph Fiennes bakal beraksi sebagai penyelenggara/penasihat/penyimpan rahsia/pembantu rumah agam Keluarga Wayne yang setia selamanya itu.

Diajukan soalan dalam satu wawancara eksklusif baru-baru ini sama ada beliau berminat untuk beraksi sebagai versi aksi hidup Alfred Pennyworth selepas melakonkan suara beliau menerusi The LEGO Batman Movie dan The LEGO Movie 2: The Second Part, beliau dengan bersemangat tetapi santai terus menjawab:

“A lot of good people have gone before me. I’d be happy to follow in their footsteps! Put that out there! Alfred!”

Sama ada ia bakal menjadi kenyataan, kita hanya perlu tunggu dan lihat perkembangannya dari masa ke semasa.