Categories
Televisyen Terkini

Tonton Treler Rasmi Terakhir untuk Siri Strim Disney+ THE MANDALORIAN!

Seperti yang dijanjikan, Disney+ hari ini telah mendedahkan treler rasmi terbaru dan terakhir untuk siri The Mandalorian menjelang siaran perdananya pada 12 November, 2019.

Ia mengandungi banyak babak-babak baru yang belum dipertontonkan untuk watak pemburu upahan misteri lakonan Pedro Pascal!

 

Categories
Animasi Anime Filem Komik Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Lihat Imej Eksklusif THE MANDALORIAN Berentap dengan Penyangak Trandoshan!

Entertainment Weekly hari ini mendedahkan sebuah foto terbaru daripada siri strim Star Wars dan Disney+ arahan Jon Favreau, The Mandalorian yang memaparkan kelibat watak utama lakonan Pedro Pascal (Game of Thrones, Narcos) yang sedang berentap dengan dua penyangak Trandoshan.

Tiada sebarang sinopsis atau plot cerita dapat dikongsikan setakat ini tetapi ianya mengisahkan seorang pemburu upahan Mandalorian tanpa nama yang berkelana jauh ke pendalaman galaksi dalam melaksanakan misi peribadinya.

Pandang pertama dan imej eksklusif tersebut dapat anda lihat di bawah ini:

Selain daripada Pedro Pascal, barisan pelakon lain yang akan turut beraksi adalah Gina Carano (Deadpool), Nick Nolte (Warrior), Giancarlo Esposito (Breaking Bad), Emily Swallow (Supernatural), Carl Weathers (Rocky), Omid Abtahi (The Hunger Games: Mockingjay), Taika Waititi (Avengers: Endgame), Bill Burr (F is for Family), Mark Boone Junior (Batman Begins), Ming-Na Wen (Agents of S.H.I.E.L.D.), Natalia Tena (Game of Thrones) dan Werner Herzog (Jack Reacher).

Manakala antara barisan pengarah-pengarah ternama yang akan terlibat untuk Musim Pertama ini adalah Dave Filoni (Star Wars Rebels), Taika Waititi (Thor: Ragnarok), Bryce Dallas Howard (Solemates), Rick Famuyiwa (Dope) dan Deborah Chow (Jessica Jones).

The Mandalorian akan mula disiarkan menerusi saluran strim Disney+ pada 12 November, 2019.

Categories
Animasi Filem Komik Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Poster dan Imej Rasmi Terbaru Siri THE MANDALORIAN Didedahkan!

Panel Khas Star Wars Celebration Chicago 2019 (SWCC) untuk The Mandalorian merupakan slot penutup tirai bagi acara tahunan tersebut.

Dengan sebuah video belakang ekslusif pembikinan di belakang tabir dan treler rasmi untuk siri aksi hidup televisyen pertama itu ditayangkan untuk mereka yang hadir, jelas belum ada sebarang indikasi ia akan dilancarkan secara umum dalam masa terdekat ini. Namun begitu, kita telah memperolehi beberapa imej terbaru termasuk sebuah poster rasmi yang belum lagi diperlihatkan sebelum ini.

The Mandalorian akan berlaku 5 tahun selepas jalan cerita filem Star Wars: Episode VI – Return of the Jedi (1983) tamat dan sebelum kebangkitan The First Order menggantikan Empayar Galaktik. Menurut Jon Favreau yang bertindak sebagai sutradara projek ini:

“If you look throughout history, it’s fun at first. But it gets very complicated very quickly. The idea of that world after The Return of the Jedi and what would happen and what sort of characters would survive, and what it was like until the new Republic took over. You have vestiges of the Empire. You have only the strong surviving. You have chaos taking over the galaxy.”

Pedro Pascal sebagai Perajurit Mandalorian

Gina Carano sebagai Cara Dune

Carl Weathers sebagai Grief Carga

??? sebagai Perajurit Mandalorian #2

Episod Pertama The Mandalorian akan disiarkan secara rasmi menerusi saluran strim Disney+ pada 12 November, 2019.

Categories
Animasi Filem Komik Permainan Video Televisyen Terkini

Pengarah Taika Waititi Lakonkan Watak Suara Droid Pembunuh Upahan IG-88 dalam Siri THE MANDALORIAN?

Kita semua tahu yang pengarah Thor: Ragnarok, Taika Waititi bakal mengarahkah salah satu daripada episod The Mandalorian.

Akan tetapi nampaknya kini beliau akan melakukan lebih daripada itu dan akan mempunyai peranan berwatak dalam siri strim televisyen sulung Star Wars tersebut!

Teraju utama dan penerbit Jon Favreau telah berkongsikan imej eksklusif di belakang tabir menerusi akaun Instagram milik beliau yang mendedahkan Taika Waititi sedang merakam suara sementara di skrin terpampang kelibat droid pemburu upahan, IG-88. Walaupun ini tidak semestinya bermakna beliau akan melakonkan watak suara watak klasik itu yang pertama kali muncul dalam Star Wars Episode V: Empire Strikes Back (1980), ia seharusnya wakar diberikan perhatian oleh kita semua.

IG-88 adalah di antara sebuah droid pemburu dan pembunuh upahan paling merbahaya di serata galaksi Star Wars serta pernah ditawarkan khidmatnya oleh Darth Vader untuk memburu Han Solo dan krew pemberontak Millennium Falcon yang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jon Favreau (@jonfavreau) on

Berikut adalah sinopsis ringkas untuk siri The Mandalorian:

“After the stories of Jango and Boba Fett, another warrior emerges in the Star Wars universe. The Mandalorian is set after the fall of the Empire and before the emergence of the First Order. We follow the travails of a lone gunfighter in the outer reaches of the galaxy far from the authority of the New Republic.”

Selain Taika Waititi, nama-nama pengarah lain seperti Dave Filoni (Star Wars: The Clone Wars, Star Wars Rebels), Deborah Chow (Jessica Jones), Rick Famuyiwa (Dope) dan Bryce Dallas Howard (Solemates) akan turut diberi peluang menerajui setiap episod siri tersebut.

Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

#TERKINI | THE MANDALORIAN, THE BATMAN & THE HELLBOY! (1/3/19)

Pencipta, penulis dan pelukis Hellboy, Mike Mignola telah membuat pengumuman bahawa sebuah treler rasmi baru untuk filem reboot adaptasi komik tersebut akan dilancarkan bila-bila masa daripada sekarang!

Sementara menunggu, sepasang poster teaterikal rasmi juga turut didedahkan terlebih dahulu untuk tatapa kita bersama.

Hellboy akan berada di pawagam seluruh dunia pada 12 April, 2019.

 

***

 

Penggambaran prinsipal untuk siri televisyen The Mandalorian kini dengan rasminya telah tamat!

Ia merupakan projek siri televisyen sulung dan pertama dalam saga Star Wars di bawah saluran strim Disney+ dengan banyak lagi projek menyusul selepas itu.

Ianya dikongsikan menerusi episod terbaru The Star Wars Show di bawah ini tanpa sebarang maklumat lanjut:

Selepas cerita Jango and Boba Fett, seorang lagi wira yang tidak didendang muncul dalam Semesta Star Wars. The Mandalorian hadir pada era kejatuhan Empayar Galaktik dan sebelum kebangkitan Rejim First Order dan New Republic.

Pelakon seperti Pedro Pascal, Gina Carano, Nick Nolte dan Carl Weathers telah disahkan peranan mereka dalam The Mandalorian dengan sebuah treler acah dan tarikh tayangan rasmi bakal diumumkan tidak lama lagi.

Manakala Taika Waititi (Thor: Ragnarok), Dave Filoni (Star Wars: The Clone Wars, Star Wars Rebels), Deborah Chow (Jessica Jones), Rick Famuyiwa (Dope) dan Bryce Dallas Howard (Solemates) masing-masing akan mengemudi setiap episod sebagai pengarah dan penerbit bersama.

 

***

 

Pengarah Matt Reeves kini sedang bekerja keras untuk menghidupkan sebuah filem solo terbaru The Batman dengan pendekatan dan cerita lebih baru dan segar.

Selain pencarian watak utama yang akan memegang peranan sebagai Bruce Wayne/Batman, studio dan pihak produksi juga dikhabarkan bakal menampilkan lebih daripada seorang watak penyangak.

Mungkin dalam tiga ke empat orang antagonis secara total!

Paling kerap dilaporkan adalah The Penguin dengan beberapa watak lain yang belum pernah muncul di layar pawagam seperti Black Mask, The Hood, The Talon dan Hush.

Apa pun begitu, pemilihan dan pendedahan pelakon akan berlaku sedikit masa lagi dengan penggambaran bermula selewat-lewatnya tahun hadapan.

Categories
Filem Televisyen Terkini

Barisan Teraju Utama THE MANDALORIAN Rasmi Diumumkan!

Terdapat banyak spekulasi tentang siri web strim The Mandalorian sejak ia diumumkan tahun ini.

Dan hari ini ia semakin jelas apabila pihak Disney dan Lucasfilm dengan secara rasmi telah mendedahkan barisan teraju utama drama fiksyen sains dan opera angkasa tersebut yang dijangka akan disiarkan menerusi saluran web strim Disney+ pada tahun hadapan.

Aelepas Pedro Pascal (Narcos, Kingsman 2: The Golden Circle) sah terpilih sebagai bintang sulung yang bakal memegang peranan sebagai Perajurit Mandalorian, kini nama-nama popular seperti Gina Carano (Deadpool), Giancarlo Esposito (Breaking Bad), Emily Swallow (Supernatural), Carl Weathers (Predator), Omid Abtahi (American Gods), Werner Herzog (Grizzly Man) dan Nick Nolte (Affliction) telah mengesahkan keterlibatan mereka.

Dalam satu kenyataan oleh Jon Favreau selaku Penerbit Eksekutif:

“We’re having a great time working with this incredibly talented group and excited for everyone to see what we’re up to..” 

The Mandalorian ditulis dan diterbitkan oleh Jon Favreau dengan Dave Filoni (Star Wars: Rebels, Avatar: The Last Airbendermengarahkan episod pertama dengan pengarah-pengarah hebat lain seperti Deborah Chow (Jessica Jones), Rick Famuyiwa (Dope), Bryce Dallas Howard (Solemates) termasuk Taika Waititi (Thor: Ragnarok)

Menurut sumber yang boleh dipercayai, plot cerita ini adalah seperti berikut:

 “Story happens 5 years after the events of ‘Return of the Jedi’ and is set in the Outer Rim, where people don’t know and don’t care that the Empire has fallen..”