Categories
Animasi Filem Komik Terkini

IRONHEART dan THUNDERBOLTS Sedang Dalam Pembikinan Marvel Studios?

Khabar angin yang bertiup kencang sekarang ini melaporkan bahawa pihak Marvel Studios sudah pun memulakan projek-projek Fasa 5 mereka. Sumber yang bermula dari MCU Cosmic tersebut masih lagi menjadi tanda tanya dan belum dapat disahkan secara rasmi.

Antara yang paling menarik perhartian adalah filem Ironheart dan Thunderbolts.

Ironheart adalah seorang adiwira bernama Riri Williams di dalam komik yang diinspirasikan daripada watak Iron Man manakala Thunderbolts pula merupakan sekumpulan pasukan penjahat yang menyamar sebagai adiwira yang kononnnya ingin menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Avengers.

 

Categories
Filem Komik Terkini

Pandang Pertama Kostum Adiwira Thena, Sersi dan Phastos di Set Penggambaran ETERNALS!

Terima kasih kepada sumber yang dipetik Mail Online, kita sekali lagi telah menerima perkembangan dan dua foto terbaru dari set penggamnbaran filem Eternals.

Dan besar kemungkinan ini merupakan foto paling mendedahkan para pelakon dengan kostum adiwira mereka walaupun diambil dari jauh. Kita dapat melihat kelibat Thena (Angelina Jolie), Sersi (Gemma Chan) dan Phastos (Brian Tyree Henry).

Kita pernah melihat Angelina Jolie dan Gemma Chan dengan busana biasa tetapi inilah kali pertama kita dapat menyaksikan mereka mengenakan kostum adiwira rasmi sepertimana sama yang pernah dipertontonkan kepada khalayak ramai semasa di San Diego Comic-Con tahun ini!


Eternals akan mula tayangan di pawagam seluruh dunia pada 4 November, 2020.

Categories
Filem Komik Terkini

Gara-gara Penemuan Bom Tinggalan Tentera Nazi, Set Filem THE ETERNALS Dikosongkan!

Produksi untuk filem The Eternals dilapor telah dihentikan serta-merta selepas penemuan bom lama di Pulau Canary, Fuerteventura, Sepanyol yang mana sesi penggambaran sedang aktif berjalan.

Menurut sumber yang dipetik dari  The Sun, satu senjata peledak tinggalan tentera Wehrmacht Nazi dijumpai berdekatan set dan memaksa bintang-bintang utama filem tersebut seperti Angelina Jolie dan Richard Madden untuk beralih ke lokasi lebih selamat sementara menunggu unit pemati bom hadir.

Menurut seorang saksi:

“It was obviously terrifying. The bomb could have been there for decades untouched but who knows what might have happened if it was disturbed. Some of the biggest stars in the world were on set and nobody was taking any chances..”

Perkembangan terkini dan maklumat lanjut tentang berita ini bakal menyusul dari masa ke semasa.

The Eternals bakal berada di pawagam seluruh dunia menjekang 6 November, 2020.

Categories
Filem Komik Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Ewan McGregor Sahkan Siri TV Disney+ OBI-WAN KENOBI Asalnya Sebuah Filem!

Filem Obi-Wan Kenobi pada peringkat asalnya dirancang untuk memulakan penggambaran oleh pengarah Stephen Daldry sebagai sebuah lagi filem spin-off dalam antologi Star Wars selepas Rogue One (2016) dan Solo (2018).

Namun semuanya berubah setelah Solo menerima resepsi kurang memberangsangkan dan kini diformat semula sebagai sebuab siri enam episod di bawah saluran strim Disney+ TV. Ini disahkan sendiri oleh bintag utamanya, Ewan McGregor selepas khabar angin bertiup tentang filem tersebut selepas sekian lama dalam satu wawancara baru-baru ini:

“It wasn’t always going to be a series, not initially. When we first started talking about, that wasn’t really in the cards but everything’s changed so much, so quickly. It’s really exciting that it is now. I’m really into the idea to be able to tell the story over several hours instead of just one hit. I think it’s going to be quite cool.”

Categories
Televisyen Terkini

Tonton Treler Rasmi Terakhir untuk Siri Strim Disney+ THE MANDALORIAN!

Seperti yang dijanjikan, Disney+ hari ini telah mendedahkan treler rasmi terbaru dan terakhir untuk siri The Mandalorian menjelang siaran perdananya pada 12 November, 2019.

Ia mengandungi banyak babak-babak baru yang belum dipertontonkan untuk watak pemburu upahan misteri lakonan Pedro Pascal!

 

Categories
Animasi Filem Komik Manga Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Tonton Treler Rasmi Akhir untuk Filem STAR WARS: EPISODE IX – RISE OF SKYWALKER!

Hari ini adalah hari yang paling dinantikan oleh semua peminat-peminat dan pengikut-pengikut setia Star Wars di seluruh dunia.

Ia adalah kerana pada hari ini adalah hari di mana disiarkan treler rasmi akhir untuk filem Star Wars: Episode IX – Rise of Skywalker dan ia sememangnya adalah satu pendedahan yang begitu epik!

Kami yakin selepas ini lebih ramai di antara kita yang tidak sabar-sabar lagi untuk ke pawagam pada hujung tahun  nanti untuk menonton sendiri kesudahan saga opera angkasa ciptaan George Lucas tersebut yang disahkan rasmi akan menutup perjalanan cerita yang berputar sekitar keluarga dan keturunan Skywalker.

Sutradara J. J Abrams kembali semula sebagai pengarah setelah membuka tirai trilogi baru ini untuk Star Wars: Episode VII – The Force Awakens kira-kira empat tahun lalu.

Tonton treler rasmi akhir tersebut di bawah ini:

Star Wars: Episode IX – Rise of Skywalker akan berada di pawagam seluruh dunia pada 20 Disember, 2019.

Categories
Animasi Filem Komik Televisyen Terkini

Vin Diesel Sedang Dipujuk untuk Watak Black Bolt dalam Filem INHUMANS?

Pencarian pelakon sudah pun bermula untuk kesemua projek fasa baru Semesta Sinematik Marvel (MCU) menerusi slot tayangan saluran strim rasmi Disney+.

Dan menurut satu sumber terbaru, bakal berlaku perubahan besar-besaran bermula menerusi siri Ms. Marvel dengan kehadiran kumpulan kerabat adiwira Inhumans. Yang pertama sekali akan muncul kelak adalah Black Bolt dan Maximus. Watak Raja Inhumans itu dilaporkan sudah ditawarkan kepada Vin Diesel (yang sudah bertahun lama mengidam dan berkempen untuk memnbawa watak Black Bolt!) manakala Aaron Taylor-Johnson yang pernah hadir dan “mati” sebagai Quicksilver dalam Avengers: Age of Ultron sebelum ini akan menjadi adik kandungnya, Maximus.

Untuk pengetahuan ramai, Kamala Khan/Ms. Marvel juga adalah seorang Inhuman serta plot yang direncanakan amat wajar boleh berlaku jika khabar-khabar angin sedang bertiup ini dilaporkan benar.

Apa pula pendapat anda? Komen seperti biasa menerusi ruangan tersedia di bawah ini.

 

 

Categories
Filem Konten Strim Televisyen Terkini

WANDAVISION Dilaporkan Separa Sitkom, Separa Filem Epik Marvel!

Pada awal minggu ini, terdapat laporan yang menyatakan pihak Marvel Studios sedang mencari watak bayi untuk projek WandaVision. Dan yang terbaru sekarang adalah siri 6-episod yang bakal bersiaran menerusi Disney+ itu akan dipecahkan kepada dua bahagian!

Begini ceritanya:

Tiga episod awal akan disusun sebagai sebuah sitkom klasik Hollywood dengan fokus diberikan kepada watak utama, Wanda dan The Vision. Tiga episod seterusnya akan memberikan fokus kepada keduanya sebagai pasangan suami isteri dan ayah ibu kepada dua orang anak dengan anak ketiga yang sudah dewasa.

Kelihatan seperti Wanda sudah hilang kawalan kuasa mistiknya dan sudah mula “menyusun” laluan hidup berkeluarga.

Seterusnya ia dikhabarkan terus bersambung langsung menerusi filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness dan membiarkan anak-anak mereka (Wiccan dan Speed dari Young Avengers?) hidup berdikari di serata Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Sudah tentu semua yang dilaporkan hanyalah khabar angin setakat ini dan ia masih terbuka untuk sebarang taklukan perubahan mahupun spekulasi.

Apa pula pendapat anda? Nyatakan komen anda seperti biasa menerusi ruangan yang tersedia di bawah entri ini.

Categories
Animasi Anugerah Filem Iklan Komik Konten Strim Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Disney+ Lancarkan Treler Rasmi LEBIH TIGA JAM Menjelang Perasmiannya!

Disney+ hari ini telah melancarkan sebuah treler rasmi untuk setiap satu judul filem dan siri televisyen yang akan dapat kita saksikan menjelang 12 November, 2019.

Itu pun sekiranya anda mempunyai masa lapang untuk menontonnya selama LEBIH 3 JAM!

Tonton treler rasmi dengan rekod durasi terpanjang dalam sejarah media moden tersebut di bawah ini:

Categories
Animasi Filem Konten Strim Terkini

Tonton Treler Rasmi Filem Aksi Hidup LADY AND THE TRAMP!

Walt Disney Studios telah melancarkan sebuah treler rasmi terbaru untuk filem aksi hidup, Lady and the Tramp hari ini.

Remake animasi klasik yang pertama kali ditayangkan pada tahun 1955 itu akan mula disiarkan secara rasmi menerusi saluran strim Disney+ pada tarikh pelancarannya menjelang 12, November 2019.

Filem tersebut dibintangi oleh lakon suara bintang popular seperti Tessa Thompson (Thor: Love and Thunder) sebagai Lady dan Justin Theroux (The Leftovers) sebagai Tramp dengan gandingan Sam Elliott (The Ranch), Benedict Wong (Doctor Strange in the Multiverse of Madness), Ken Jeong (The Hangover), F. Murray Abraham (Homeland) dan ramai lagi.

Tonton treler rasmi terbaru filem Lady and the Tramp di bawah ini: