Categories
Komik Terkini

#SDCC2022 Spawn/Batman Bakal Bergabung Lagi Hujung Tahun Ini!

Ini ada berita baik untuk semua peminat komik di mana jua berada.

Spawn/Batman rasmi akan kembali beraksi bersama sejak pertama kali bertemu 28 tahun lalu. Pengumuman ini dibuat oleh Todd McFarlane sendiri menerusi satu pengumuman khas di San Diego Comic Convention (SDCC) dengan pelukis komik popular kegemaran ramai, Greg Capullo juga turut kembali sebagai ilustrator utama.

Komik 48 halaman berformat ‘one-shot’ tersebut bakal diterbitkan pada 13 Disember, 2022.

Kali terakhir kedua-dua adiwira yang berasal dari DC Comic dan Image Comics ini bertemu adalah pada tahun 1994 dengan komik ditulis oleh Frank Miller (Dark Knight Returns, 300) dan Todd McFarlane sendiri.

Categories
Artikel Komik Permainan Kanak-Kanak Terkini

Raja Dewa Salesman Komik dan Mainan, Todd McFarlane buat hal lagi!

Bila sebut saja nama Todd McFarlane, ramai peminat komik tegar seluruh dunia kenal kekuatan dan portfolio superpower beliau.

Pencipta, penulis dan pelukis komik Spawn.

Pengasas dan pemilik rasmi McFarlane Toys.

Pencetus dunia niaga licik lagi luar biasa.

Terkini, McFarlane Toys telah mendedahkan sebuah video YouTube untuk gelombang pertama barisan baharu permainan DC Super Powers yang pernah popular pada tahun 80an.

Memetik kata-kata beliau dalam video tersebut:

“Let’s talk about all of us geeks from the 80s. Guess what’s coming back. Super Power toys and vehicles. Exclusively at Walmart. That’s where you can get them. Go to your Walmart store this summer and you’re going to be able to get them.”

Asal keluaranya oleh Kenner, Super Powers Collection mula-mula dilancarkan pada dekad 80an sebagai barisan figura aksi DC Comics. Begitu bijak sekali beliau melaksanakan strategi pemasarannya untuk peminat sampaikan ramai yang tidak mahu beli terus jadi nak beli gara-gara sasaran produk yang tepat!

Categories
Animasi Anime Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Terkini

Todd McFarlane Dedah Dua Siri Animasi Baru SPAWN Kini Dalam Pembikinan!

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pengasas Image Comics, usahawan dan pelukis komik tersohor iaitu Todd McFarlane telah memaklumkan kepada peminat-peminatnya tentang perkembangan terkini filem reboot Spawn.

Ia sememangnya sangat mengujakan kerana sangat dinantikan ramai sejak kali pertama dan terakhir muncul di pawagam pada tahun 1997.

Dan sementara menanti ia menjadi kenyataan, beliau secara rasmi hari ini mengumumkan mengenai dua buah projek terbaru Spawn semasa berlangsungnya acara Fan Expo Canada bahawa dua siri animasi Spawn sedang diusahakan. Salah satu daripadanya adalah disasarkan untuk penonton kanak-kanak!

Menurut Todd McFarlane:

“We’re talking right now. I just had a couple meetings this weekend about a couple different animation looks, both something that we can get kids in at a younger age and then get them into the sort of crack cocaine version of Spawn. And then do the adult one. So.. we’re talking about that. I think both of those come after the movie.”

Jelas sekali pembikinan sudah pun bermula untuk projek animasi di atas sejak kali animasi sulung Spawn pernah disiarkan dahulu menerusi saluran HBO pada tahun yang sama filem asalnya ditayangkan dengan resepsi positif.

Manakala itu, Blumhouse Production dilaporkan masih lagi aktif membangunkan filem aksi hidup reboot yang bakal dibintangi Jaime Foxx dan Jeremy Renner di bawah judul projek “Toy Dynamite”.

Sumber Video: SyFy Wire