Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

#TERKINI | Treler ROCK 4, Tayangan Rasmi M:I 7 & 8, KRYPTO?

Untuk peminat filem karya sutradara terkenal Mamat Khalid, malam ini adalah malam bertuah anda!

Bersempena dengan temasya Anugerah Juara Lagu ke-33 hari ini, sebuah treler rasmi Rock 4: Rockers Never Dai bakal ditayangkan secara langsung serentak dengan acara terutama industri muzik negara itu. Mohon kembali ke entri ini untuk menonton semula treler tersebut tidak lama lagi.

Ini merupakan sekuel keempat serta kesinambungan baru selepas kesudahan trilogi asal Kumpulan Lipan Bara menerusi filem Rock (2005), Rock Ooo..! (2013) dan Rock Bro! (2016).

 

***

 

Sumber yang dipetik dari Deadline awal hari ini ada menyebut bahawa Paramount Pictures sudah pun mempunyai tarikh tayangan rasmi untuk kedua-dua filem dalam francais blockbuster Mission: Impossible.

Mission: Impossible 7 akan berada di pawagam seluruh dunia pada 23 Julai, 2021 manakala Mission: Impossible 8 pula pada  tanggal 5 Ogos, 2022.

Teraju utama Tom Cruise akan sah kembali sebagaI Agen Ethan Hunt selepas beliau selesai produksi filem sekuel Top Gun: Maverick yang kini sedang aktif dalam fasa penggambaran prinsipal.

Foto terkini Tom Cruise di set penggambaran ‘Top Gun: Maverick’ yang berjaya dirakam oleh paparazzi baru-baru ini.

 

***

 

Ini adalah rentetan daripada perkembangan James Gunn yang bakal menjadi sutradara sekuel Suicide Squad.

Ada satu sumber menyebut yang bekas pengarah Guardians of the Galaxy tersebut akan membawa masuk Krypto ke dalam filem tersebut!

Anjing kesayangan dan peliharaan Superman itu mula muncul dalam Action Comics #277 (1961) dan tidak menjadi masalah untuk digarapkan ke dalam format janaan komputer (CGI) dengan suksesnya pembawaan watak Groot dan Rocket Raccoon ke layar pawagam sebelum ini.