Categories
Animasi Anime Filem Komik Manga Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

James Marsden Tawar Diri Beraksi sebagai Cyclops Sekali Lagi untuk X-MEN Baharu!

Selain daripada mana-mana eksekutif atau individu terpilih di dalam Marvel Studios, tiada siapa yang tahu akan apakah rancangan rasmi konglomerat media komik itu untuk francais X-Men setelah dibeli daripada Fox.

Akan tetapi sekiranya ada idea untuk memanggil semula barisan pelakon daripada filem-filem asal, James Marsden nampaknya jelas amat berminat untuk kembali sebagai Scott Summers/Cyclops sekali lagi dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU). Walaupun ada kebarangkalian besar ini mungkin tidak akan berlaku, beliau tetap diajukan soalan tersebut oleh wartawan baru-baru ini dengan jawapan yang berikut:

“Sure, I’d be down. I think that world, there just are no rules. You can do whatever you want. If there’s some iteration down the line where we’re involved.. that’s been a special thing to be a part of for a good period of my life and I love those fans and I love playing that character so, yeah, I’d be totally open to that.”

James Marsden memegang watak Cyclops bermula pada tahun 2000 sehingga 2006 menerusi trilogi asal X-Men tetapi versi beliau telah ‘dibunuh’ dalam filem X-Men: The Last Stand (2006) biarpun pernah tampil sebagai cameo dalam X-Men: Days of Future Past (2014) dalam satu babak pelintang masa.

Sejak itu pelakon muda, Tye Sheridan telah mengambil alih peranan sebagai Cyclops versi remaja dalam X-Men: Apocalypse (2016) dan X-Men: Dark Phoenix (2019). Pengerusi Disney, Alan Horn turut mengesahkan pada minggu lalu bahawa filem terbaru X-Men kelak bakal menandakan pengakhiran muktamad dan penutup sempurna dalam francais yang telah diperkenalkan kepada kita 19 tahun dahulu.