Categories
Animasi Filem Komik Televisyen Terkini

#TERKINI | Filem BATMAN BEYOND, Siri Animasi INVINCIBLE, Killmonger Kembali!

Siri animasi Invincible adaptasi komik tulisan Robert Kirkman (Walking Dead, Outcast) dari Image Comic dijangka bakal meledak di saluran Amazon Prime.

Steven Yeun dipilih sebagai teraju utama bernama Mark Grayson/Invincible, manakala J.K. Simmons berperanan sebagai Omni Man. Belum ada senarai watak-watak rasmi bakal dipegang oleh pelakon suara lain namun barisan yang telah sah adalah seperti berikut:

  • Steven Yeun
  • J.K. Simmons
  • Sandra Oh
  • Seth Rogen
  • Gillian Jacobs
  • Andrew Rannells
  • Zazie Beetz
  • Mark Hamill
  • Walton Goggins
  • Jason Mantzoukas
  • Mae Whitman
  • Chris Diamantopoulos
  • Kevin Michael Richardson
  • Grey Griffin
  • Max Burkholder

Siri animasi tersebut akan berdurasi selama sejam untuk 8 episod untuk Musim Pertama. Sehubungan perkembangan di atas, filem aksi hidup Invincible oleh Universal Pictures yang diterbitkan oleh Seth Rogen juga sedang giat dalam proses pra-produksi.

Amazon Prime telah mengumumkan projek animasi komik tersebut sejak Jun 2018 setelah pencipta/penulis Robert Kirkman menamatkan jalan cerita komik itu pada Februari 2018 setelah 144 keluaran.

 

***

 

Satu lagi khabar angin yang sedang bertiup kencang sekarang adalah sebuah filem animasi Batman Beyond.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, Warner Animation Group (WAG) kini sudah memulakan produksi untuk siri animasi DC Comics itu yang mula muncul di kaca televisyen pada tahun 1999 untuk tayangan di pawagam tahun 2022. Ini dikatakan merupakan sebuah projek respon kepada kejayaan besar Spider-Man: Into the Spider-Verse oleh Sony Pictures.

Tiada banyak maklumat atau perkembangan dapat dilaporkan setakat ini tetapi ia disalurkan kepada kami dengan beserta dua seni konsep berlabel logo WAG yang tular di atas talian.

 

***

 

Filem Black Panther telah memperkenalkan watak Erik Killmonger, seorang antagonis yang sebaris dengan Red Skull, Loki, Iron Monger serta ramai lagi penjahat dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Malang sekali watak itu telah ‘dibunuh’ oleh Black Panther atas arahan sutradara Ryan Coogler.

Akan tetapi, sepupu T’Challa itu tampak akan muncul kembali untuk sekuel filem calon terbaru Anugerah Oscar tersebut tidak lama lagi. Menurut Angela Bassett yang diwawancara oleh Entertainment Tonight baru-baru ini tentang perkembangan Marvel Studios, beliau mengakui semua pelakon utama akan hadir untuk Black Panther 2 termasuk Michael B. Jordan!

Angela Basset memegang watak Ramonda, ibu tiri kepada Takhta DiRaja Wakanda.

Tiada babak upacara pengebumian Erik Killmonger dalam filem pertama termasuk faktor kembara masa dalam Avengers: Endgame memungkinkan segala teori ini berlaku.

Bagaimana pula dengan pendapat dan pandangan anda? Nyatakan komen anda seperti biasa menerusi ruangan komen di bawah entri ini.