Categories
Animasi Anime Filem Iklan Komik Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Tun Mahathir Rasmikan Pameran MARVEL STUDIOS: 10 YEARS OF HEROES!

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini telah meluangkan masa di sebalik jadualnya yang padat untuk berada di Pusat Membeli-belah Pavillion, Kuala Lumpur demi merasmikan Pameran Marvel Studios: 10 Years of Heroes.

“Kapten Malaysia” hadir diiringi oleh isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali telah disambut meriah oleh ramai pengunjung termasuk ‘cosplayer’ anggota Avengers yang terdiri daripada Iron Man, Thanos and Captain America. Beliau turut di bawa melawat ke sekitar premis pameran sambil diberikan pencerahan tentang kemajuan teknologi serta sejarah Marvel Studios yang bermula kira-kira sedekad lalu.

Ia dianjurkan oleh Walt Disney Asia Tenggara bersama Crave Alive dan Beast Kingdom dengan kolaborasi serta kerjasama Maybank, Samsung Malaysia dan Klook dengan 10 seksyen galeri yang mempamerkan prop rasmi filem, kostum, seni konsep dan pengalaman interaktif.

Bayaran tiket masuk adalah RM48 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak-kanak.

Pameran tersebut akan dibuka secara rasmi untuk kunjungan umum mulai esok sehingga 17 Oktober, 2019.