Categories
Animasi Filem Komik Televisyen Terkini

Pandang Pertama Filem Animasi SCOOB! Dedah Reka Konsep Baru Scooby-Doo & The Mystery Inc.!

Pernahkah anda tertanya tentang asal-usul dari sejarah watak Scooby-Doo selama ini sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1969?

Fandango hari ini telah mendedahkan pandang pertama untuk filem animasi 3D terbaru Scoob! yang akhirnya akan menjawab persoalan tersebut dan bagaimana tertubuhnya Geng Mystery Inc. yang terdiri daripada Shaggy, Daphne, Velma dan Fred.

Treler rasmi sulung dijangka akan bersiaran pada hari Isnin ini.

Sementara itu, berikut adalah sinopsis rasmi berdasarkan petikan yang di ambil dari sumber sama:

“We’ll see Scooby and Shaggy meet, join the intrepid young detectives Fred, Velma and Daphne in forming Mystery Inc. and close hundreds of cases, sharing previously-untold adventures along the way. Then, they must foil a diabolical plot revolving around a ghost dog known as Cerberus, discovering Scooby’s secret legacy and their own epic destiny along the way.”

Pelakon suara legenda Frank Welker yang turut popular menerusi watak Megatorn dan Garfield) akan kembali beraksi sebagai Scooby-Doo. Beliau diiringi oleh bintang-bintang besar lain seperti Will Forte (Good Boys) sebagai Shaggy Rogers, Zac Efron (Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile) sebagai Fred Jones, Amanda Seyfried (Mamma Mia! Here We Go Again) sebagai Daphne Blake dan Gina Rodriguez (Jane the Virgin) sebagai Velma Dinkley.

Sebagai kejutan tambahan, filem ini juga akan menampilkan watak-watak animasi popular lain yang akan dilakonkan oleh Tracy Morgan (30 Rock) sebagai Captain Caveman, Ken Jeong (The Hangover) sebagai Dynomutt, Kiersey Clemons (Lady and the Tramp) sebagai Dee Dee Sykes, Mark Wahlberg (Mile 22) sebagai Blue Falcon dan Jason Isaacs (Harry Potter) sebagai Dick Dastardly!

Scoob! akan berada di pawagam seluruh dunia pada 15 Mei, 2020.

Categories
Animasi Filem Komik Terkini

Tonton Treler Sulung Rasmi Filem Animasi BATMAN VS. TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES!

Warner Bros. Animation baru-baru ini telah mengumumkan projek filem animasi Batman vs. Teenage Mutant Ninja Turtles.

Dan pada hari ini, sebuah treler sulung telah dilancarkan secara rasmi untuk tontonan ramai!

Berdasarkan dan diinspirasikan daripada komik siri mini Batman/Teenage Mutant Ninja Turtles (2015) oleh James Tynion IV dan Freddie Williams II, filem animasi ini bakal menyaksikan pertembungan hangat lagi sensasi di antara Kuartet Kura-Kura Ninja dan Pelindung Kota Gotham gara-gara sebuah portal transdimensi.

Sudah tentu mereka akhirnya akan bergabung dan berpadu tenaga untuk menumpaskan Ras al Ghul, Penguin dan Joker yang bersekongkol dengan Shredder dan Angkatan Foot Clan.

Tonton treler sulung rasmi Batman vs. Teenage Mutant Ninja Turtles tersebut di bawah ini:

Categories
Filem Komik Terkini

Ocean Master Bukan Lagi Musuh Utama dalam AQUAMAN 2!

Komentar terbaru daripada salah seorang penerbit filem Aquaman menyatakan bahawa sekuel yang sedang dalam fasa perancangan dijangka akan hadir lebih lewat.

Ini kerana Warner Bros. dan James Wan mahu menghasilka  filem spin-off tentang The Trench.

Akan tetapi ia tidak menghalang pelakon yang memegang watak Orm Marius/Ocean Master iaitu Patrick Wilson berkongsi pendapat bahawa beliau akan kembali menerusi sekuel tersebut walaupun hanya dengan peranan kecil:

“You can’t kill him. He’s too important to Arthur’s journey. He’s a foil to Aquaman.  He’s not gonna be a main villain in another movie. I don’t think Orm ends up in Belle Reve like he does in the New 52. I assume they’re gonna keep him in some kind of jail below the surface. If James wants me back, I’m certainly happy to come back!”

Ketara di sini Patrik Wilson adalah seorang peminat dan pembaca komik kerana menyebut terbitan New 52 oleh DC Comics. 

Aquaman 2 kini mempunyai tarikh tayangan tidak rasmi pada 6 Disember, 2022 tetapi besar kemungkinan akan dianjak dan berubah lagi.

Categories
Animasi Filem Komik Televisyen Terkini

#TERKINI | Filem BATMAN BEYOND, Siri Animasi INVINCIBLE, Killmonger Kembali!

Siri animasi Invincible adaptasi komik tulisan Robert Kirkman (Walking Dead, Outcast) dari Image Comic dijangka bakal meledak di saluran Amazon Prime.

Steven Yeun dipilih sebagai teraju utama bernama Mark Grayson/Invincible, manakala J.K. Simmons berperanan sebagai Omni Man. Belum ada senarai watak-watak rasmi bakal dipegang oleh pelakon suara lain namun barisan yang telah sah adalah seperti berikut:

  • Steven Yeun
  • J.K. Simmons
  • Sandra Oh
  • Seth Rogen
  • Gillian Jacobs
  • Andrew Rannells
  • Zazie Beetz
  • Mark Hamill
  • Walton Goggins
  • Jason Mantzoukas
  • Mae Whitman
  • Chris Diamantopoulos
  • Kevin Michael Richardson
  • Grey Griffin
  • Max Burkholder

Siri animasi tersebut akan berdurasi selama sejam untuk 8 episod untuk Musim Pertama. Sehubungan perkembangan di atas, filem aksi hidup Invincible oleh Universal Pictures yang diterbitkan oleh Seth Rogen juga sedang giat dalam proses pra-produksi.

Amazon Prime telah mengumumkan projek animasi komik tersebut sejak Jun 2018 setelah pencipta/penulis Robert Kirkman menamatkan jalan cerita komik itu pada Februari 2018 setelah 144 keluaran.

 

***

 

Satu lagi khabar angin yang sedang bertiup kencang sekarang adalah sebuah filem animasi Batman Beyond.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, Warner Animation Group (WAG) kini sudah memulakan produksi untuk siri animasi DC Comics itu yang mula muncul di kaca televisyen pada tahun 1999 untuk tayangan di pawagam tahun 2022. Ini dikatakan merupakan sebuah projek respon kepada kejayaan besar Spider-Man: Into the Spider-Verse oleh Sony Pictures.

Tiada banyak maklumat atau perkembangan dapat dilaporkan setakat ini tetapi ia disalurkan kepada kami dengan beserta dua seni konsep berlabel logo WAG yang tular di atas talian.

 

***

 

Filem Black Panther telah memperkenalkan watak Erik Killmonger, seorang antagonis yang sebaris dengan Red Skull, Loki, Iron Monger serta ramai lagi penjahat dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Malang sekali watak itu telah ‘dibunuh’ oleh Black Panther atas arahan sutradara Ryan Coogler.

Akan tetapi, sepupu T’Challa itu tampak akan muncul kembali untuk sekuel filem calon terbaru Anugerah Oscar tersebut tidak lama lagi. Menurut Angela Bassett yang diwawancara oleh Entertainment Tonight baru-baru ini tentang perkembangan Marvel Studios, beliau mengakui semua pelakon utama akan hadir untuk Black Panther 2 termasuk Michael B. Jordan!

Angela Basset memegang watak Ramonda, ibu tiri kepada Takhta DiRaja Wakanda.

Tiada babak upacara pengebumian Erik Killmonger dalam filem pertama termasuk faktor kembara masa dalam Avengers: Endgame memungkinkan segala teori ini berlaku.

Bagaimana pula dengan pendapat dan pandangan anda? Nyatakan komen anda seperti biasa menerusi ruangan komen di bawah entri ini.