Categories
Review

#REVIEW DC LEAGUE OF SUPER-PETS (2022)

1, Antara punca dan sebab utama saya mahu menonton lalu meletakkan ia di dalam senarai wajib tonton filem pada tahun 2022 adalah kerana barisan bintang besar yang hadir berkonsepkan komedi animasi superhero. Dia bukanlah parodi dan satira per se tetapi tetapi mengujakan saya!

2, Ini sejenis genre kegemaran saya mungkin dek kerana sudah terlalu banyak menghadam cerita superhero yang kebelakangan agak sedikit serius dan jauh meninggalkan genre komik atau komikal itu sendiri. Jadi DC League of Super-Pets (DCLOSP) muncul tepat masa memujuk hati saya.

3, Pengalaman pengarah yang pernah menerajui filem LEGO Batman dan Ninjago dan juga turut berperanan sebagai penerbit dan penulis skrip jelas membuktikan ia mengekalkan elemen komedi dan humor sama malah sedikit sebanyak menghiburkan pendekatan tersendiri.

4, Sekali lagi jika anda seorang pembaca dan peminat komik seperti saya, maka hampir langsung tidak ada yang mengecewakan kerana terlalu banyak tribute dan nods kepada aliran itu seperti (obviously) soundtrack filem Superman ’78 oleh John Williams, Batman ’89 oleh Danny Elfman.

5, Turut menambahkan getar debar fanboy dan fangirl adalah rujukan komik lain seperti masalah memiliki Invisible (Transparent?) Jet, dialog klise ketika berentap dan dilema superhero yang wujud dalam kompleksiti Multiverse tidak kira di alam DC mahupun Marvel.

6, Legion of Doom = Angkatan Akhir Zaman. Tabik hormat saya pada penterjemah sarikata filem ini. Awak memang menakjubkan!

7, Saya suka redesign baru Superman termasuk semua elemen-elemen rekaan yang bersangkutan dengan warisan Krptonian beliau. Terutama sekali simbol ‘S’ dan warna emas di belakang sayap Superman yang menonjolkan betapa regal House of El di bawah naungan Jor-El.

8, Seleksi para pelakon SNL adalah bonus besar yang mungkin ramai akan terlepas pandang selain daripada mega starpower yang sedia ada. Perlu diingat lakon suara tidaklah semudah yang disangka malah tidak ramai pula yang sanggup buat.

9. Oh. Syabas juga buat Sean Lee kerana turut hadir sebagai cameo pelakon suara dari Malaysia bernama Waffles, seekor anjing baka Boston Terrier yang tinggal di Kota Metropolis. Saya bertambah bangga sebab dia ni budak Subang Jaya dengan dialek Subang Jaya cukup keras untuk menjiwai jelmaan watak tersebut!

10. Saya tidak sabar lagi untuk tunggu kehadiran filem sekuelnya (jika ada) kerana potensi perkembangan watak-watak lain dalam Semesta Sinematik Animasi DC Comics. Ingat: Selain Krypto, Superman juga ada Beppo, Streaky dan Comet!

RATING: ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ 

Categories
Animasi Filem Komik Terkini

Tonton Treler Sulung Rasmi Filem Animasi BATMAN VS. TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES!

Warner Bros. Animation baru-baru ini telah mengumumkan projek filem animasi Batman vs. Teenage Mutant Ninja Turtles.

Dan pada hari ini, sebuah treler sulung telah dilancarkan secara rasmi untuk tontonan ramai!

Berdasarkan dan diinspirasikan daripada komik siri mini Batman/Teenage Mutant Ninja Turtles (2015) oleh James Tynion IV dan Freddie Williams II, filem animasi ini bakal menyaksikan pertembungan hangat lagi sensasi di antara Kuartet Kura-Kura Ninja dan Pelindung Kota Gotham gara-gara sebuah portal transdimensi.

Sudah tentu mereka akhirnya akan bergabung dan berpadu tenaga untuk menumpaskan Ras al Ghul, Penguin dan Joker yang bersekongkol dengan Shredder dan Angkatan Foot Clan.

Tonton treler sulung rasmi Batman vs. Teenage Mutant Ninja Turtles tersebut di bawah ini:

Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

#TERKINI | TOY STORY 4, DC SUPER HERO GIRLS, Reboot Senyap TRANSFORMERS! (18/2/19)

Bo Peep, kekasih kepada Woody kembali dalam Toy Story 4 dan kali ini dikhabarkan mempunyai peranan lebih besar berbanding trilogi terdahulu!

Setelah 20 tahun watak itu diperkenalkan, Bo Peep tampak sudah berubah berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh pelakon suara watak tersebut Annie Potts dalam satu wawancara eksklusif bersama program Good Morning America.  Turut dipersembahkan kepada penonton adalah sebuah klip babak daripada filem arahan Josh Cooley (Inside Out) yang dilihat penting dalam kesinambungan saga animasi kegemaran ramai sejak 1995 itu!

Toy Story 4 akan berada di pawagam seluruh dunia pada 21 Jun, 2019.

 

***

 

Tonton treler rasmi dan terbaru untuk siri animasi Cartoon Network DC Super Hero Girls yang dijang akan disiarkan bermula 8 Mac nanti dengan episod khas selama 1 jam berjudul “Sweet Justice” di bawah ini:

 

***

 

Impian para peminat Transformers akhirnya mungkin menjadi kenyataan untuk menyaksikan sebuah semesta sinematik yang mereka idam-idamkan selama ini.

Laporan terbaru yang kami petik dari TFW2005 mendedahkan bahawa Hasbro dan Paramount sedang dalam rangka perancangan untuk menggunakan filem Bumblee sebagai batu loncatan untuk sebuah Semesta Sinematik Reboot Transformers selepas era Michael Bay.

Sebelum ini, filem tersebut hanya dilabelkan sebagai sebuah prekuel.

Masih lagi ditayangkan menerusi beberapa pawagam terpilih seluruh dunia, ia berjaya meraih keuntungan sebanyak USD$458.2 juta setakat ini dan diangkat oleh pengkritik dan peminat sebagai filem aksi hidup Transformers terbaik setakat ini.

Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

#TERKINI | Treler FROZEN 2, INFINITE, BATMAN VS. NINJA TURTLES! (14/2/2019)

Tonton treler rasmi sulung untuk filem Frozen II di bawah ini:

 

***

 

Warner Bros. dan DC Entertainment bakal hadir dengan filem animasi Batman vs. Teenage Mutant Ninja Turtles tidak lama lagi!

 

***

 

Chris Evans bakal menjadi bintang utama untuk filem fiksyen sains pertama arahan Antoine Fuqua berjudul Infinite.

Categories
Animasi Anime Anugerah Filem Komik Manga Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

#TERKINI: Pandang Pertama Black Canary, Famili DOOM PATROL, Nama Baru FOX/DISNEY!

Fox Broadcasting, cawangan daripada entiri Fox Corporation hari ini dengan secara rasmi telah mengumumkan nama baru.

Dengan gabungan bersama setelah belian aset syarikat oleh Disney, ia kini dikenali hanya dengan nama Fox Entertainment.

Sebeleum ini, The Fox Broadcasting Company iaitu pemilik kepada rangkaian Fox Television Network, Fox News dan pelbagai lagi jaringan televisyen kabel menggunakan kod samaran sementara “New Fox.” CEO Fox Entertainment, Charlie Collier mengeluarkan kenyataan rasmi yang berikut:

“We’ve renamed simply Fox Entertainment. It is an open canvas upon which we’ll create new ways to do business. It’s a startup company, albeit with roughly 26 billion dollars in valuation.”

 

***

 

Produksi dan penggambaran filem kini sudah pun bermula secara rasmi untuk filem terbaru DC Comics berjudul Birds of Prey (and the Fantabulous Emancipation of one Harley Quinn) arahan Cathy Yan.

Dan pada hari ini juga, kita telah didedahkan dengan beberapa foto eksklusif dari set lokasi yang memperlihatkan kelibat Jurnee Smollett-Bell (Grey’s Anatomy, True Blood) sebagai Black Canary!

Walaupun kelibat beliau hanya muncul beberapa detik dalam video acah ringkas untuk pengumuman filem tersebut baru-baru ini, sekarang kita dapat melihat sosok beliau secara dengan lebih jelas menerusi filem yang dijangka akan berada di pawagam seluruh dunia tepat setahun daripada hari ini pada tanggal 7 Februari, 202o.

 

***

 

Doom Patrol dijangka akan bersiaran menerusi saluran strim DC Universe pada 15 Februari nanti.

Ini bermakna kita akan pasti dapat menonton sebuah treler rasmi bila-bila masa sahaja dari sekarang. Sementara menunggu, mari kita lihat poster rasmi terbaru siri tersebut yang menampilkan April Bowlby sebagai Rita Farr/Elasti-Woman, Brendan Fraser sebagai Clifford “Cliff” Steele/Robotman, Matt Bomer sebagai Larry Trainor/Negative Man, Joivan Wade sebagai Victor Stone/Cyborg, Diane Guerrero sebagai Kay Challis/Crazy Jane dan Timothy Dalton sebagai Dr. Niles Caulder/The Chief!

Categories
Animasi Filem Komik Televisyen Terkini

#TERKINI | Filem BATMAN BEYOND, Siri Animasi INVINCIBLE, Killmonger Kembali!

Siri animasi Invincible adaptasi komik tulisan Robert Kirkman (Walking Dead, Outcast) dari Image Comic dijangka bakal meledak di saluran Amazon Prime.

Steven Yeun dipilih sebagai teraju utama bernama Mark Grayson/Invincible, manakala J.K. Simmons berperanan sebagai Omni Man. Belum ada senarai watak-watak rasmi bakal dipegang oleh pelakon suara lain namun barisan yang telah sah adalah seperti berikut:

  • Steven Yeun
  • J.K. Simmons
  • Sandra Oh
  • Seth Rogen
  • Gillian Jacobs
  • Andrew Rannells
  • Zazie Beetz
  • Mark Hamill
  • Walton Goggins
  • Jason Mantzoukas
  • Mae Whitman
  • Chris Diamantopoulos
  • Kevin Michael Richardson
  • Grey Griffin
  • Max Burkholder

Siri animasi tersebut akan berdurasi selama sejam untuk 8 episod untuk Musim Pertama. Sehubungan perkembangan di atas, filem aksi hidup Invincible oleh Universal Pictures yang diterbitkan oleh Seth Rogen juga sedang giat dalam proses pra-produksi.

Amazon Prime telah mengumumkan projek animasi komik tersebut sejak Jun 2018 setelah pencipta/penulis Robert Kirkman menamatkan jalan cerita komik itu pada Februari 2018 setelah 144 keluaran.

 

***

 

Satu lagi khabar angin yang sedang bertiup kencang sekarang adalah sebuah filem animasi Batman Beyond.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, Warner Animation Group (WAG) kini sudah memulakan produksi untuk siri animasi DC Comics itu yang mula muncul di kaca televisyen pada tahun 1999 untuk tayangan di pawagam tahun 2022. Ini dikatakan merupakan sebuah projek respon kepada kejayaan besar Spider-Man: Into the Spider-Verse oleh Sony Pictures.

Tiada banyak maklumat atau perkembangan dapat dilaporkan setakat ini tetapi ia disalurkan kepada kami dengan beserta dua seni konsep berlabel logo WAG yang tular di atas talian.

 

***

 

Filem Black Panther telah memperkenalkan watak Erik Killmonger, seorang antagonis yang sebaris dengan Red Skull, Loki, Iron Monger serta ramai lagi penjahat dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Malang sekali watak itu telah ‘dibunuh’ oleh Black Panther atas arahan sutradara Ryan Coogler.

Akan tetapi, sepupu T’Challa itu tampak akan muncul kembali untuk sekuel filem calon terbaru Anugerah Oscar tersebut tidak lama lagi. Menurut Angela Bassett yang diwawancara oleh Entertainment Tonight baru-baru ini tentang perkembangan Marvel Studios, beliau mengakui semua pelakon utama akan hadir untuk Black Panther 2 termasuk Michael B. Jordan!

Angela Basset memegang watak Ramonda, ibu tiri kepada Takhta DiRaja Wakanda.

Tiada babak upacara pengebumian Erik Killmonger dalam filem pertama termasuk faktor kembara masa dalam Avengers: Endgame memungkinkan segala teori ini berlaku.

Bagaimana pula dengan pendapat dan pandangan anda? Nyatakan komen anda seperti biasa menerusi ruangan komen di bawah entri ini.

Categories
Animasi Filem Komik Permainan Video Terkini

Filem Animasi MORTAL KOMBAT Dilaporkan Sedang Dalam Pembikinan!

Mortal Kombat bukanlah sebuah francais yang berjaya dan terbukti meraih kejayaan besar menerusi kutipan box office di pawagam.

Tetapi ia tetap menjana pendapatan dan sambutan menggalakkan menerusi jualan video dan komik. Warner Bros. telah memperolehi syarikat Midway pada tahun 2009 dan yang terkini sedang dalam usaha untuk membangunkan sebuah filem animasi. Menurut sumber, Joel McHale (Community, Ted, The Big Year) telah ditawarkan satu peranan rahsia disusuli dengan kemasukan Jennifer Carpenter (watak Selina Kyle dalam Batman: Gotham By Gaslight) untuk projek ini.

Malah terdapat juga khabar angin yang mengatakan filem animasi tersebut akan ditayangkan kepada dua bahagian.