Categories
Review

#REVIEW DC LEAGUE OF SUPER-PETS (2022)

1, Antara punca dan sebab utama saya mahu menonton lalu meletakkan ia di dalam senarai wajib tonton filem pada tahun 2022 adalah kerana barisan bintang besar yang hadir berkonsepkan komedi animasi superhero. Dia bukanlah parodi dan satira per se tetapi tetapi mengujakan saya!

2, Ini sejenis genre kegemaran saya mungkin dek kerana sudah terlalu banyak menghadam cerita superhero yang kebelakangan agak sedikit serius dan jauh meninggalkan genre komik atau komikal itu sendiri. Jadi DC League of Super-Pets (DCLOSP) muncul tepat masa memujuk hati saya.

3, Pengalaman pengarah yang pernah menerajui filem LEGO Batman dan Ninjago dan juga turut berperanan sebagai penerbit dan penulis skrip jelas membuktikan ia mengekalkan elemen komedi dan humor sama malah sedikit sebanyak menghiburkan pendekatan tersendiri.

4, Sekali lagi jika anda seorang pembaca dan peminat komik seperti saya, maka hampir langsung tidak ada yang mengecewakan kerana terlalu banyak tribute dan nods kepada aliran itu seperti (obviously) soundtrack filem Superman ’78 oleh John Williams, Batman ’89 oleh Danny Elfman.

5, Turut menambahkan getar debar fanboy dan fangirl adalah rujukan komik lain seperti masalah memiliki Invisible (Transparent?) Jet, dialog klise ketika berentap dan dilema superhero yang wujud dalam kompleksiti Multiverse tidak kira di alam DC mahupun Marvel.

6, Legion of Doom = Angkatan Akhir Zaman. Tabik hormat saya pada penterjemah sarikata filem ini. Awak memang menakjubkan!

7, Saya suka redesign baru Superman termasuk semua elemen-elemen rekaan yang bersangkutan dengan warisan Krptonian beliau. Terutama sekali simbol ‘S’ dan warna emas di belakang sayap Superman yang menonjolkan betapa regal House of El di bawah naungan Jor-El.

8, Seleksi para pelakon SNL adalah bonus besar yang mungkin ramai akan terlepas pandang selain daripada mega starpower yang sedia ada. Perlu diingat lakon suara tidaklah semudah yang disangka malah tidak ramai pula yang sanggup buat.

9. Oh. Syabas juga buat Sean Lee kerana turut hadir sebagai cameo pelakon suara dari Malaysia bernama Waffles, seekor anjing baka Boston Terrier yang tinggal di Kota Metropolis. Saya bertambah bangga sebab dia ni budak Subang Jaya dengan dialek Subang Jaya cukup keras untuk menjiwai jelmaan watak tersebut!

10. Saya tidak sabar lagi untuk tunggu kehadiran filem sekuelnya (jika ada) kerana potensi perkembangan watak-watak lain dalam Semesta Sinematik Animasi DC Comics. Ingat: Selain Krypto, Superman juga ada Beppo, Streaky dan Comet!

RATING: ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ 

Categories
Filem Komik Terkini

Jim Lee Kata SnyderVerse Sudah Tiada Dalam Perancangan DC Comics!

Ketua Pegawai Kreatif DC Comics, Jim Lee berkata tiada lagi perancangan untuk melanjutkan hayat SnyderVerse.

Walaupun ada segelintir peminat masih mahu melihat perkara tersebut menjadi realiti, namun berdasarkan kepada struktur dan pelan perancangan yang disusun oleh pihak Warner Bros. dan DC Comics sendiri tidak mungkin menjadi kenyataan.

Ia rasmi diumumkan hari ini dalam satu sesi panel di San Diego Comic Con 2022 (SDCC) walaupun masih ada khabar angin bertiup kencang dengan kehadiran Henry Cavill kembali sebagai Superman di sana!

Categories
Artikel

Warner Bros. Discovery/DC Films Simpan Gimik Besar untuk SDCC 2022!

Kurang sebulan daripada sekarang, San Diego Comic Con (SDCC) akan muncul kembali secara fizikal untuk memenuhi nafsu serakah peminat komik seluruh dunia.

Dalam pada itu, ada banyak desas-desus yang kedengaran dengan beebrapa kejutan besar bakal berlaku di sana.

Antara yang paling sensasi adalah bagaimana Warner Bros. Disovery/DC Films bakal mempersembahkan segala macam judul komik, filem dan projek mereka kelak. Laporan ada menyebut pihak pengurusan studio sudah menyiapkan gimik khas untuk tujuan tersebut dengan Black Adam, Shazam! Fury of the Gods, The Flash, Aquaman and the Lost Kingdom, The Sandman dan House of Dragons sebagai tarikan utama. Ini belum termasuk lagi kejutan rahsia yang masih belum didedahkan dan dirahsiakan seperti sekuel JokerFolie à Deux.

Warner Bros. Discovery adalah konglomerat media serta pemilik divisyen-divisyen syarikat seperti DC Comics, DC Entertainment, HBO Max, Cinemax, CW, Cartoon Network, Adult Swim dan banyak lagi.

Manakala itu, Marvel Studios yang sudah tiga tahun ‘merajuk’ dan menyisihkan diri dari SDCC disahkan kembali untuk tahun ini. Perkara ini disahkan sendiri oleh Kevin Feige selaku Presiden Marvel Studios dan Penerbit Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Apakah kita bakal menyaksikan satu saingan luar biasa di antara dua powerhouse komik dunia ini dalam mengembalikan zaman kegemilangan konvensyen komik satu ketika dulu?

San Diego Comic-Con 2022 bakal berlangsung pada 21 sehingga 24 Julai, 2022.

Merchandise bag edisi khas dengan hasil ilustrasi oleh Jim Lee yang bakal diedarkan secara percuma semasa SDCC ’22.
Categories
Artikel

Pengarah JOKER Bakal Ambil Alih Semua Teraju Filem DC/Warner Bros. Discovery!

Dengar cerita ada angin bertiup kencang hari ini yang katanya akan mengubah arus dan arah tuju filem-filem DC Comics di bawah pentadbiran baharu, Warner Bros. Discovery.

Bakal berlaku perubahan besar-besaran dengan nama pengarah Joker, Todd Phillips dinobatkan sebagai individu tepat serta penasihat kreatif untuk semua projek di bawah bumbung studio berkenaan. Sebelum ini, Toby Emmerich yang menerajui Warner Bros. dan New Line Cinema sejak 2017 bakal digantikan oleh bos baru Warner Bros. Discovery, David Zaslav.

Ini pastinya akan menjurus kepada beberapa keputusan signifikan daripada beliau yang sudah pun bermula dan menampakkan hasilnya.

FM

Categories
Animasi Filem Komik Televisyen Terkini

Pandang Pertama Filem Animasi SCOOB! Dedah Reka Konsep Baru Scooby-Doo & The Mystery Inc.!

Pernahkah anda tertanya tentang asal-usul dari sejarah watak Scooby-Doo selama ini sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1969?

Fandango hari ini telah mendedahkan pandang pertama untuk filem animasi 3D terbaru Scoob! yang akhirnya akan menjawab persoalan tersebut dan bagaimana tertubuhnya Geng Mystery Inc. yang terdiri daripada Shaggy, Daphne, Velma dan Fred.

Treler rasmi sulung dijangka akan bersiaran pada hari Isnin ini.

Sementara itu, berikut adalah sinopsis rasmi berdasarkan petikan yang di ambil dari sumber sama:

“We’ll see Scooby and Shaggy meet, join the intrepid young detectives Fred, Velma and Daphne in forming Mystery Inc. and close hundreds of cases, sharing previously-untold adventures along the way. Then, they must foil a diabolical plot revolving around a ghost dog known as Cerberus, discovering Scooby’s secret legacy and their own epic destiny along the way.”

Pelakon suara legenda Frank Welker yang turut popular menerusi watak Megatorn dan Garfield) akan kembali beraksi sebagai Scooby-Doo. Beliau diiringi oleh bintang-bintang besar lain seperti Will Forte (Good Boys) sebagai Shaggy Rogers, Zac Efron (Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile) sebagai Fred Jones, Amanda Seyfried (Mamma Mia! Here We Go Again) sebagai Daphne Blake dan Gina Rodriguez (Jane the Virgin) sebagai Velma Dinkley.

Sebagai kejutan tambahan, filem ini juga akan menampilkan watak-watak animasi popular lain yang akan dilakonkan oleh Tracy Morgan (30 Rock) sebagai Captain Caveman, Ken Jeong (The Hangover) sebagai Dynomutt, Kiersey Clemons (Lady and the Tramp) sebagai Dee Dee Sykes, Mark Wahlberg (Mile 22) sebagai Blue Falcon dan Jason Isaacs (Harry Potter) sebagai Dick Dastardly!

Scoob! akan berada di pawagam seluruh dunia pada 15 Mei, 2020.

Categories
Komik Konten Strim Televisyen Terkini

Siri TV Aksi Hidup GREEN LANTERN dan STRANGE ADVENTURES dalam Pembikinan di HBO MAX!

Laporan berita yang baru diterima ini mengesahkan kedua-dua siri televisyen strim aksi hidup tersebut menjelang pelancaran servis perkhidmatan HBO Max pada Mei 2020.

Berikut kenyataan rasmi dikeluarkan penerbit Greg Berlanti yang kebetulan pernah menjadi penulis skrip untuk filem Green Lantern (2011) lakonan Ryan Reynolds:

“Both of these original DC properties we’ll be creating for HBO Max will be unlike anything seen on television. An anthology series of cautionary tales set in a world where superpowers exist, and, in what promises to be our biggest DC show ever made, we will be going to space with a Green Lantern television series, but I can’t reveal any more about that just yet.”

Categories
Filem Komik Televisyen Terkini

Netflix Sah Hasilkan SANDMAN, Bakal Menjadi Adaptasi TV Termahal DC Comics!

Walaupun diiktiraf sebagai siri komik paling berpengaruh dan popular, Sandman hasil karya Neil Gaiman sudah sekian lama bergelut untuk direalisasikan sebagai sebuah naskah adaptasi filem mahupun televisyen. Malah sebelum ini pelakon, penerbit dan pengarah Joseph Gordon-Levitt turut mengumumkan telah menarik diri serta gagal membawanya ke layar pawagam.

Namun begitu setelah begitu banyak projek yang tertangguh sejak sekian lama, Netflix hari ini dengan secara rasmi telah menandatangani perjanjian dengan Warner Bros. Television dan DC Comics untuk sebuah adaptasi komik ke sebuah siri televisyen strim aksi hidup!

Berdasarkan sumber The Hollywood Reporter, penulis skrip filem Wonder Woman, Allan Heinberg telah dilantik sebagai sutradara (showrunner) siri tersebut manakala penulis asal Neil Gaiman dan David Goyer (Trilogi Dark Knight, Man of Steel, He-Man: Masters of the Universe) bertindak sebagai penerbit eksekutif.

Lebih menarik, perjanjian bersejarah di antara Netflix dan Warner Bros. ini boleh dilabel sebagai sebuah komitmen kewangan dan produksi berbajet tinggi dan bakal menjadikan Sandman sebuah siri televisyen termahal pernah dihasilkan oleh DC Entertainment.