Pengarah WONDER WOMAN, Patty Jenkins Tandatangani Kontrak Eksklusif Netflix!

Animasi, Filem, Komik, Televisyen, Terkini

Pengarah Patty Jenkins yang cukup popular menerusi filem Wonder Woman (2017) dan sekuelnya tahun hadapan Wonder Woman 1984 telah menandatangani kontrak eksklusif bersama Netflix untuk menerbitkan siri-siri televisyen baru untuk gergasi saluran strim tersebut.

Menurut Variety, jumlah perjanjian itu dianggarkan bernilai USD$10 juta dalam tempoh tiga tahun mendatang.

Naib Presiden Kandungan Tulen Netflix, Channing Dungey menyatakan:

“We’re thrilled to welcome Patty Jenkins to Netflix. Her trailblazing work has pushed boundaries and she confidently tells stories that leave an unforgettable mark. We look forward to fostering her many ideas and helping them come to life.”

Patty Jenkis membalas kenyataan tersebut:

“I’m so excited to embark on a great journey of making the new world of television with a company and group of people I admire as much as Ted Sarandos, Cindy Holland, Channing, Peter Friedlander and the team at Netflix. I look forward to digging in to some great work together soon.”

Beliau kini sedang sibuk menyiapkan naskah sekuel Wonder Woman selaku pengarah, penerbit dan penulis bersama yang mana kisah filem berlangsung pada tahun 1984 pada kemuncak Perang Dingin dan sebelum Justice League.

Wonder Woman 1984 dibintangi Gal Gadot sebagai Diana Prince/Wonder Woman, Chris Pine sebagai Steve Trevor, Kristen Wiig sebagai Barbara Minerva/Cheetah, Pedro Pascal dan Natasha Rothwell dengan tarikh tayangan rasmi pada 5 Jun, 2020.

CinemaCon Dedahkan Poster Promo Terbaru WONDER WOMAN 1984 & BIRDS OF PREY!

Filem, Komik, Terkini

CinemaCon dengan rasminya telah berlangsung semalam di Caesars Palace, Las Vegas.

Warner Bros. telah mengambil kesempatan itu untuk melancarkan poster promosi terbaru dan terkini untuk filem Wonder Woman 1984 dan Birds of Prey (and the Fantabulous Emancipation of one Harley Quinn) semasa panel sesi pembentangan mereka.

Kedua-dua poster tersebut tidak memberikan kita sebarang pendedahan atau pandangan baru untuk mana-mana watak tetapi ia menampilkan versi judul logo terkini untuk filem DC Comics bagi slot tahun 2020. Untuk mereka yang hadir semasa acara itu, mereka bertuah kerana dapat menonton video eksklusif di belakang tabir yang dikhabarkan telah memberi kejutan oleh sebab peranan lebih besar Harley Quinn (Margot Robbie) dalam pasukan Birds of Prey serta kelibat Kristen Wiig sebagai seteru utama Diana Prince iaitu Cheetah!

Duo poster promo rasmi tersebut dapat anda lihat di bawah ini:

Birds of Prey bakal berada di pawagam seluruh dunia pada 7 Februari, 2020, manakala Wonder Woman 1984 pula ditayangkan secara rasmi pada 4 Jun, 2020.

#TERKINI | Filem Baru Christopher Nolan, Funko Pop J.J. Abrams, JUSTICE LEAGUE 2?

Filem, Komik, Permainan Kanak-Kanak, Televisyen, Terkini

Pengarah tersohor yang cukup popular menerusi Trilogi Dark Knight (2005-2012) sah bakal hadir dengan sebuah filem baru menjelang Julai tahun hadapan.

Walau bagaimanapun, belum ada sebarang pengumuman rasmi tentang judul, barisan pelakon atau plot cerita filem tersebut melainkan tarikh tayangan yang diumumkan pihak Warner Bros. Pictures pada 17 Julai, 2020. Ini merupakan tarikh tayangan yang berdekatan dengan dua buah filem blockbuster tahun hadapan iaitu Wonder Woman 1984 (5 Jun, 2020) dan Top Gun: Maverick (26 Jun, 2020)

 

***

 

Koleksi figura vinil popular, Funko Pop hari ini telah melancarkan pra-tempahan untuk model edisi terhad pengarah J.J. Abrams!

Beliau yang cukup berani mengarahkan dunia francais fiksyen sains terkenal dari dua kutub berbeza iaitu Star Wars dan Star Trek telah diberi pengiktirafan oleh pengeluar tersebut serta bakal berada di pasaran pada Mei 2019 ini. Sutradara dan boss besar Bad Robot Productions itu sekarang sedang sibuk dengan penggambaran filem Star Wars: Episode IX yang mula Ogos tahun lalu dan akan berada di pawagam seluruh dunia pada 19 Disember hujung tahun nanti.

Pengarah dan sutradara ternama lain yang pernah di-‘FunkoPop’-kan sebelum ini adalah seperti Alfred Hitchcock (Psycho), Paul Feig (Ghostbusters), James Wan (Aquaman), Guillermo del Toro (Hellboy), Taika Waititi (Thor: Ragnarok), James Gunn (Guardians of the Galaxy) dan Vince Gilligan (Breaking Bad).

Terkini adalah perkhabaran yang sedang bertiup kencang kini tentang sebuah filem aksi hidup Funko Pop: The Movie yang akan diterbitkan oleh Warner Bros. Pictures.

Perkembangan lanjut bakal menyusul.

 

***

 

Patty Jenkins untuk Justice League 2?

Dalam perkembangan terkini dan desas-desus yang hebat diperkatakan sekarang, pengarah Wonder Woman tersebut sedang dalam pemerhatian untuk sekuel Justice League sekiranya ia menjadi kenyataan. Dalam satu komen maklumbalas kepada khabar angin ini, beliau menjawab:

“I find those movies to be extremely challenging. I think they’re fantastic when they’re well done but taking on all of those characters at the same time and the timeline. I sort of hope that we don’t do a ‘Justice League’ movie for a little while because I think that each of those characters are really great. I’m super excited to see each of their movies. I want to see ‘Aquaman 2’ and I want to see ‘Flash’. I don’t know.. I would never say never but I think everyone should have a moment to shine right now.”

Bagaimana pula dengan pendapat dan pandangan anda? Nyatakan komen anda seperti biasa menerusi ruangan komen di bawah entri ini.

WONDER WOMAN 1984 Selesai Penggambaran Prinsipal untuk Tayangan Tahun 2020!

Filem, Komik, Terkini

Awal hari ini, Gal Gadot telah mengumumkan bahawa penggambaran akhirnya selesai untuk filem sekuel, Wonder Woman 1984. Teraju utama filem tersebut turut berkongsi tiga foto eksklusif di belakang tabir yang memaparkan dirinya bersama pengarah, Patty Jenkins.

Penggambaran bermula pada awal bulan Jun lalu dengan jarak masa enam bulan yang cukup panjang. Tetapi adalah normal untuk sebuah filem adwira dan adapatasi komik berbajet besar sepertinya.

Walaupun kita perlu menunggu lebih banyak butiran lanjut muncul untuk Wonder Woman 1984 sebelum tarikh tayangannya pada 5 Jun, 2020; berikut adalah foto-foto eksklusif yang diperolehi setakat ini: