Categories
Filem Komik Terkini

Teraju Utama Filem AQUAMAN Dedahkan Henry Cavill Tidak Pernah Tinggalkan Watak Superman!

Ini (mungkin) berita baik untuk pengikut dan peminat setia DC Comics!

Jason Momoa hari ini telah memberikan “respon diplomatik” apabila diajukan soalan tentang situasi dan keberadaan Henry Cavill dan Ben Affleck di dalam Semesta Kembangan Filem DC Comic (DCEU) dalam satu sesi wawancara bersama Entertainment Tonight.

Beliau ditanya sama ada Henry Cavill akan kembali sebagai Superman dalam acara Karpet Merah Tayangan Perdana filem Aquaman, ini respon daripada beliau:

“I just talked to Henry… He’s absolutely not [leaving the character]. He loves the character, he’s not. 100 percent.”

Sama ada kenyataan di atas benar dan rasmi atau sebaliknya dan hanya sebagai jawapan “selamat”, hanya masa yang akan dapat membuktikannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.