Baru-baru ini kita telah dimaklumkan dengan kemasukan bekas pelakon siri televisyen Birds of Prey, Rachel Skarsten dalam siri televisyen terbaru Batwoman sebagai musuh utama bernama Alice.

Dan hari ini kita telah menerima perkhabaran terbaru satu lagi pelakon utama dalam produksi tersebut.

Menurut sumber Deadline, pelakon asal Scotland iaitu Dougray Scott (Departure, Mission: Impossible II) akan memegang peranan sebagai ayah kepada Kate Kane/Batwoman lakonan Ruby Rose iaitu Jacob Kane (The Meg, John Wick: Chapter 2).

Berikut adalah kenyataan rasmi tentang watak tersebut:

“A former military colonel with a chip on his shoulder for Batman, Jacob Kane now commands Gotham’s private security firm The Crows, and has made it his mission to protect his city better than the Dark Knight ever could. But it’s only a matter of time before his unwavering disdain for vigilantes puts him at odds with Gotham’s new caped crusader…who also happens to be his own daughter.”

 

***

 

Saluran Televisyen Freeform telah melancarkan sebuah treler rasmi penuh untuk Musim Kedua Cloak and Dagger!

Ia menampilkan banyak babak-babak baharu termasuk kelibat anti-hero dan antagonis bernama Mayhem sedang membuat onar bersama konco-konconya. Treler tersebut dapat anda tonton di bawah ini:

 

***

 

Dalam satu entri terbaru oleh Zack Snyder menerusi akaun Vero miliknya mengenai pemergian Ben Affleck sebagai Batman, beliau telah ditanya oleh seorang peminat sama ada pengarah tersebut sebelum ini telah mengatur adaptasi siri komik Flashpoint.

Jawapan beliau ringkas dan padu: “..better” (lebih baik)

Walaupun pihak Warner Bros. sedang mempertimbangkan sebuah filem Flashpoint dan versi Barry Allen/The Flash dari masa hadapan menerusi babak Batman v Superman: Dawn of Justice yang jelas hadir dari susuran masa “Knightmare”, segalanya masih terbuka untuk sebarang spekulasi hingga kini.

Memang menarik memikirkan apakah yang direncakan oleh Zack Snyder sekiranya beliau masih diberi mandat meneruskan binaan Semesta Kembangan DC (DCEU).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *