Categories
Animasi Filem Komik Televisyen Terkini

#TERKINI | Daredevil Teringin Jumpa Spider-Man, Panglima Black Knight, Treler Sulung THE BOYS!

Walaupun siri Daredevil telah ditamatkan riwayatnya oleh Netflix serta-merta sejak platform strim Disney+ diumumkan, teraju utama Charlie Cox tetap berhajat untuk muncul semula sebagai Matt Murdock jika diberi peluang.

Dalam satu wawancara terbaru bersama The Playlist, beliau jelas optimis dengan pandangannya itu walaupun agak berdukacita dengan keputusan pihak studio dan produksi yang terpaksa membuat keputusan untuk tidak meneruskan Musim ke-4 siri kegemaran ramai adiwira Marvel tersebut. Salah satu impiannya yang paling diinginkan adalah dapat berjumpa dengan watak-watak Semesta Sinematik Marvel (MCU) lain terutamanya Spider-Man jika Daredevil dapat diteruskan menerusi saluran Disney+ atau seumpamanya.

 

***

 

Untuk peminat dan pembaca komik Avengers, nama Black Knight bukanlah satu nama yang asing lagi.

Dan di kala ini sedang bertiup kencang segala macam teori, spekulasi, ramalan serta khabar angin yang menyatakan watak tersebut bakal membuat kemunculan sulung menerusi Semesta Sinematik Marvel (MCU) dengan bukti-bukti yang berserakan di atas talian.

Teori bukti paling nyata adalah pengenalan ‘The Quantum Realm’ menerusi filem Ant-Man and the Wasp. Ada kemungkinan Black Knight wujud di dalam dimensi ini akibat terperangkap dalam Vorteks Masa dan terserempak dengan Avengers demi menyelamatkan MCU, sekaligus membawa beliau keluar dan menjadi ahli Avengers.

Teori bukti sokongan seterusnya adalah menjelang April nanti, Marvel Comics bakal mencetak semula tiga judul komik Avengers klasik sejajar dengan tayangan umum Avengers: Endgame di bawah label “True Believers”. Ketiga-tiga komik tersebut menampilkan Black Knight dan Avengers #71 (1969) memiliki jalan cerita bertajuk “Endgame!” yakni isu di mana Black Knight dengan secara rasmi menganggotai Avengers.

Sama ada benar atau sebaliknya, kita hanya perlu tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.

 

***

 

The Boys muncul dengan sebuah treler acah rasmi sulung hari ini. Ia bakal disiarkan menerusi Amazon Prime tidak lama lagi dan merupakan adaptasi komik tulisan Garth Ennis terbitan Dynamite Entertainment.

AMARAN: Untuk tontonan dewasa dan tidak selamat dibuka dalam premis pejabat (NSFW)!

Baca sinopsis rasmi untuk siri adaptasi komik The Boys oleh Amazon Prime di bawah ini:

“In a world where superheroes embrace the darker side of their massive celebrity and fame, this comic book adaptation centers on a group of vigilantes known informally as ‘The Boys’, who set out to take down corrupt superheroes with no more than their blue-collar grit and a willingness to fight dirty. It is a fun and irreverent take on what happens when superheroes – who are as popular as celebrities, as influential as politicians and as revered as Gods – abuse their superpowers rather than use them for good. It’s the powerless against the super powerful as ‘The Boys’ embark on a heroic quest to expose the truth about ‘The Seven’ and Vought: The multi-billion dollar conglomerate that manages these superheroes.”

Leave a Reply

Your email address will not be published.