Categories
Animasi Filem Komik Televisyen Terkini

#TERKINI | Filem Animasi SCOOBY-DOO, THE NEW MUTANTS, DISNEY PRINCESSES! (3/3/19)

Filem animasi seterusnya dan terbaru Scooby-Doo bakal menjadi edisi paling mutakhir sejak berada di pawagam pada tahun 2004.

Ianya akan menampilkan pelakon suara popular seperti Will Forte (The Last Man on Earth), Gina Rodriguez (Jane the Virgin), Tracy Morgan (30 Rock) and Frank Welker (Scooby-Doo, Where Are You!).

Pelakon suara veteran dan kegemaran ramai, Frank Welker akan memegang watak The Great Dane manakala Will Forte sebagai Shaggy Rogers. Gina Rodriguez pula beraksi sebagai Velma Dinkley dan sebagai kejutan, Tracy Morgan bakal muncul sebagai Captain Caveman!

Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, filem ini nanti akan mengisahkan Geng Mystery Inc. berganding bahu dengan wata-watak adiwira lain dalam Semesta Animasi Hanna-Barbera demi menyelamatkan bumi daripada rancangan jahat Dick Dastardly.

Ia dijangka berada di pawagam seluruh dunia pada 15 Mei, 2020.

 

***

 

Ini ada perkembangan terbaru tentang sebuah filem X-Men terbitan 20th Century Fox yang sudah lama tertangguh tayangannya: The New Mutants.

Walaupun ia dislotkan untuk tayangan bulan Ogos tahun ini, tetap ada kebimbangan bahawa filem tersebut belum bersedia ditayangkan kerana ada beberapa babak yang perlu dirakamkan semula. Dengar cerita ianya bertujuan untuk menambahkan lagi unsur seram dan elemen gori dalam filem itu.

Terkini yang kami perolehi adalah ada besar kemungkinan filem The New Mutants tidak akan ditayangkan di pawagam malah akan disiarkan secara eksklusif menerusi platform strim Disney+ sejurus selepas Disney lengkap mempunyai cengkaman penuh terhadap 20th Century Fox (yang diramal akan berlaku dalam tempoh 2-3 minggu lagi).

The New Mutants asalnya dijadualkan untuk tayangan umum 2 Ogos, 2019.

 

***

 

Salah satu daripada babak paling luarbiasa untuk Ralph Breaks the Internet adalah apabila Vanellope dapat berjumpa kesemua Puteri Disney yang disayangi semua.

Baru-baru ini, pengarah Rich Moore dan Phil Johnston ada membincangkan sama ada kita dapat menonton aksi dan kisah Snow White, Cinderella, Pocahontas dan kawan-kawannya dalam filem mereka sendiri!

Menurut dalam satu wawancara eksklusif yang disiarkan menerusi saluran YouTube The A.V Club:

“It has definitely had an interesting response not just here in the States, but everywhere we’ve gone in the world promoting the movie. When you’re in Stockholm and they’re saying like, ‘Have you considered doing a movie just about the Princesses?’ I think it’s an idea worth exploring, because everywhere we go, we hear that kind of response. ’Oh my God, I love the Princesses like that.’ Not just the scene with them meeting Vanellope and talking about what it means to be a princess, but then to see them in action at the end. It does feel like there is something to that. People are finally seeing the princesses do what you always believed they could do, but you’ve never seen it before.”

Ralph Breaks the Internet menampilkan suara pelakon popular seperti John C. Reilly, Sarah Silverman, Taraji P. Henson, Gal Gadot, Jane Lynch serta Ed O’Neill dan kini dapat dimiliki menerusi DVD dan Blu-Ray.

Leave a Reply

Your email address will not be published.