Categories
Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Televisyen Terkini

#TERKINI | Filem Baru Christopher Nolan, Funko Pop J.J. Abrams, JUSTICE LEAGUE 2?

Pengarah tersohor yang cukup popular menerusi Trilogi Dark Knight (2005-2012) sah bakal hadir dengan sebuah filem baru menjelang Julai tahun hadapan.

Walau bagaimanapun, belum ada sebarang pengumuman rasmi tentang judul, barisan pelakon atau plot cerita filem tersebut melainkan tarikh tayangan yang diumumkan pihak Warner Bros. Pictures pada 17 Julai, 2020. Ini merupakan tarikh tayangan yang berdekatan dengan dua buah filem blockbuster tahun hadapan iaitu Wonder Woman 1984 (5 Jun, 2020) dan Top Gun: Maverick (26 Jun, 2020)

 

***

 

Koleksi figura vinil popular, Funko Pop hari ini telah melancarkan pra-tempahan untuk model edisi terhad pengarah J.J. Abrams!

Beliau yang cukup berani mengarahkan dunia francais fiksyen sains terkenal dari dua kutub berbeza iaitu Star Wars dan Star Trek telah diberi pengiktirafan oleh pengeluar tersebut serta bakal berada di pasaran pada Mei 2019 ini. Sutradara dan boss besar Bad Robot Productions itu sekarang sedang sibuk dengan penggambaran filem Star Wars: Episode IX yang mula Ogos tahun lalu dan akan berada di pawagam seluruh dunia pada 19 Disember hujung tahun nanti.

Pengarah dan sutradara ternama lain yang pernah di-‘FunkoPop’-kan sebelum ini adalah seperti¬†Alfred Hitchcock (Psycho), Paul Feig (Ghostbusters), James Wan (Aquaman), Guillermo del Toro (Hellboy), Taika Waititi (Thor: Ragnarok), James Gunn (Guardians of the Galaxy)¬†dan Vince Gilligan (Breaking Bad).

Terkini adalah perkhabaran yang sedang bertiup kencang kini tentang sebuah filem aksi hidup Funko Pop: The Movie yang akan diterbitkan oleh Warner Bros. Pictures.

Perkembangan lanjut bakal menyusul.

 

***

 

Patty Jenkins untuk Justice League 2?

Dalam perkembangan terkini dan desas-desus yang hebat diperkatakan sekarang, pengarah Wonder Woman tersebut sedang dalam pemerhatian untuk sekuel Justice League sekiranya ia menjadi kenyataan. Dalam satu komen maklumbalas kepada khabar angin ini, beliau menjawab:

“I find those movies to be extremely challenging. I think they’re fantastic when they’re well done but taking on all of those characters at the same time and the timeline. I sort of hope that we don’t do a ‘Justice League’ movie for a little while because I think that each of those characters are really great. I’m super excited to see each of their movies. I want to see ‘Aquaman 2’ and I want to see ‘Flash’. I don’t know.. I would never say never but I think everyone should have a moment to shine right now.”

Bagaimana pula dengan pendapat dan pandangan anda? Nyatakan komen anda seperti biasa menerusi ruangan komen di bawah entri ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.