Sebuah filem Ghostbuster baru sah akan difilemkan dengan kesinambungan jalan cerita daripada filem-filem asal ciptaan dan arahan Ivan Reitman (1984-1989).

Ianya dijangka akan memulakan penggambaran pada pertengahan tahun ini dengan slot tayangan musim panas seluruh dunia pada tahun hadapan. Lebih menarik lagi, filem tersebut akan diarahkan dan ditulis oleh anak kepada pengarah asal, Jason Reitman!

Persoalannya: Apakah barisan asal skuad pemburu hantu ini (kecuali Harold Ramis/Egon Spengler yang meninggal dunia pada tahun 2014) akan kembali ke layar pawagam atau kita bakal menyaksikan satu line-up baru yang lebih muda?

 

* * *

 

Pelakon James McAvoy agak kurang yakin dan percaya dengan idea kemasukan X-Men ke dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU) terutama sekali dengan gabungan atau mungkin pertembungan bersama Avengers.

Alasan dan video wawancara beliau itu dapat ditonton di bawah ini dengan pendapat berbeza dikemukakan oleh Samuel L. Jackson yang kebetulan memegang watak Pengarah S.H.I.E.L.D, Nick Fury dalam kesinambungan MCU sepanjang lebih sedekad lalu:

 

* * *

 

Tinggal lagi 100 hari menjelang untuk tayangan perdana Avengers: Endgame pada 26 April, 2019 dengan pegumuman khas menerusi sebuah video via Twitter rasmi oleh Russo Bersaudara di bawah ini:

One thought on “#TERKINI | Filem GHOSTBUSTERS Original Baru, James McAvoy Sangkal Idea AVX, 100 Hari Menuju AVENGERS: ENDGAME!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *