#TERKINI | Filem Srikandi X-MEN, Siri TV ALIEN, Saluran Strim APPLE! (15/2/19)

Animasi, Filem, Komik, Permainan Video, Podcast, Televisyen, Terkini

Dalam satu wawancara bersama media baru-baru ini, penerbit veteran X-Men Lauren Shuler Donner mendedahkan bahawa Fox sebelum ini terlebih dahulu berpeluang untuk menjadi perintis genere baharu filem-filem superhero dan komik sepertimana Wonder Woman (2017) dan Black Panther (2018) dengan filem yang dianggotai anggota wanita X-Men sebenuhnya!

Dalam kenyataan tersebut, beliau mendedahkan:

I frankly wanted to see an X-Women movieI didn’t get it through. But I think that would be cool. I think — not to have no guys in it, you have to have guys in it — but to make instead of Charles and Magneto at the helm it’ll be whomever. Kitty Pryde and Illyana Rasputin. Something like that.

Kebetulan juga, sebuah drama bersiri tentang sekumpulan superhero Marvel telah dibatalkan oleh ABC tetapi ia adalah besar kemungkinan disebabkan oleh pelancaran saluran strim Disney+ yang memaksa semua harta intelek Marvel ke sana.

 

***

 

Rentetan sumber laporan mengenai siri televisyen Alien yang sedang dalam fasa pembangunan kala ini, kami telah berjaya mendapat susulan maklumat berkaitannya.

Nampaknya bukan hanya kita akan mendapat satu tetapi dua siri dua projek televisyen berdasarkan filem asal karya pengarah terkenal Ridley Scott itu!

Ia akan diterbitkan oleh beliau sendiri menerusi saluran strim Hulu yang ternyata sukses dengan siri Castle Rock gabungan dua minda dan mahakarya J.J. Abrams/Stephen King pada tahun lalu. Ridley Scott kini sedang sibuk menyiapkan siri televisyen fiksyen sains sulungnya berjudul Raised by Wolves untuk saluran TNT.

 

***

 

Selepas khabar angin yang menyatakan Apple bakal membeli Netflix tidak menjadi kenyataan, nampaknya gergasi teknokrat multinasional itu mahu dan semakin serius dalam saingan kandungan strim atas talian.

Berdasarkan sumber rasmi, perkhidmatan strim digital atas talian milik mereka sendiri bakal didedahkan menerusi satu gala gilang-gemilang pada 25 Mac bulan hadapan!

Ia akan dihadiri ramai barisan bintang ternama dan nama-nama besar industri hiburan seperti Jennifer Aniston, J.J. Abrams, Jennifer Garner, Reese Witherspoon dan ramai lagi. Dengan ramalan penggunaan format yang sama sepertimana Netflix dan Amazon termasuk kandungan eksklusif sendiri, ini jelas merupakan satu langkah strategik oleh Apple selepas urusniaga dan keuntungan jualan iPhone sejak kebelakangan ini yang tidak menentu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *