Sylvester Stallone mula merasa menjadi watak komik sebagai Stakar Ogord/Starhawk menerusi filem Guardians of the Galaxy Vol. 2.

Sekarang, pelakon legenda tersebut sudah bersedua untuk menjadi teraju utama filem superheronya sendiri!

Studio MGM kini sedang fasa aktif menghasilkan sebuah drama filem superhero berjudul Samaritan dengan bintang Rambo dan Rocky itu tampil selaku pelakon utama dan juga penerbit di bawah rumah penerbitannya yang baru di buka Mei tahun lalu, Balboa Productions.

Berikut adalah sinopsis ringkas tentang filem tersebut yang berjaya diperolehi setakat ini:

“It centers on a boy learning that a missing superhero, who vanished 20 years earlier after a battle, may still be alive. It is dark, fresh take on the superhero genre..” 

Belum ada tarikh tayangan rasmi atau nama pengarah dikaitkan untuk projek tersebut.

 

***

 

Wakanda forever!

Filem superhero adaptasi Marvel Comics, Black Panther arahan Ryan Coogler hari ini telah meraih TIGA trofi Oscar untuk Anugerah Academy ke-91 yang baru berakhir sebentar tadi.

Ia juga merupakan naskah sulung Marvel Studios yang berjaya mendapat pengiktirafan paling beprestij Hollywood dan industri perfileman dunia.

Rekaan Produksi Terbaik, Rekaan Kostum Terbaik dan Skor Tulen Terbaik merupakan trio kemenangan rasmi pada malam penuh gemilang serta bersejarah buat Raja T’Challa dan seluruh Kerajaan Wakanda!

 

***

 

Tonton treler rasmi untuk adaptasi novel fantasi karya Philip Pullman berjudul His Dark Material’s yang dibarisi oleh bintang-bintang terkenal seperti Dafne Keen sebagai Lyra Belacqua, Ruth Wilson sebagai Mrs. Coulter, James McAvoy (Split, X-Men: Dark Phoenix) sebagai Lord Asriel dan Lin-Manuel Miranda (Mary Poppins Returns) sebagai Lee Scoresby di bawah ini:

His Dark Materials adalah sebuah novel trilogi fantasi epik yang terdiri daripada Northern Lights, The Subtle Knife dan The Amber Spyglass.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *