Categories
Animasi Filem Komik Terkini

#TERKINI | Gossip STAR WARS: EPISODE IX, Treler Baru JUSTICE LEAGUE, Selamat Tinggal DEADPOOL?

Walaupun spekulasi terus merebak yang tajuk rasmi filem Star Wars: Episode IX akan didedahkan dalam satu pengumuman rasmi Disney pada petang ini dengan sub-judul ‘Balance of the Force’, tetap terdapat khabar angin tambahan yang lebih mendebarkan.

Hasil galian seorang penggodam Reddit yang menemukan kod judul filem tersebut menerusi laman web rasmi STARWARS.COM

Setakat ini, Kylo Ren telah diangkat sebagai Pemimpin Tertinggi Autokratik First Order. Akan tetapi dilaporkan bahawa akan muncul satu ancaman baru dengan kekuatan misteri luarbiasa dari dimensi baru digelar “The Beyond” yang mungkin bukan sahaja datang untul memusnahkan empayarnya tetapi seluruh galaksi secara total!

Apakah dengan teori cerita ini denga secara langsung mereka terpaksa bergabung dan bekerjasama dengan sisa-sisa The Resistance/Rebellion dan akhirnya membawa damai ke seluruh pelusuk galaksi?

Sekali lagi, kita perlu tunggu dan lihat.

Tetapi ada sumber menyebut bahawa kuasa misteri luarbiasa ini mengandungi kejahatan yang jauh lebih berbahaya daripada Sith. Turut ditambah adalah kemunculan semula Knights of Ren dari alam tersebut sejak kali terakhir dilihat secara singkat dalam Star Wars: Episod VII – The Force Awakens (2015). Apa yang tidak jelas adalah sama ada mereka dihantar ke sana oleh Kylo Ren sendiri satu ketika dulu atau jika ada yang kuasa lain yang membawa mereka ke sana. Lebih dramatik, ada juga teori yang menyebut tentang kelibat Stormtroopers berkuasa Sith demi menamatkan Saga Skywalker sejak diperkenalkan lebih 40 tahun lalu.

Star Wars: Episode IX akan berada di pawagam seluruh dunia pada 19 Disember, 2019.

INGAT! Semua hanya khabar angin buat masa ini tetapi tetap perlu kita berwaspada kerana segalanya berkemungkinan dan jika benar, anda membacanya di sini dahulu!

 

***

 

Treler rasmi sulung untuk filem animasi DC Comics yang seterusnya kini sudah dilancarkan dengan Green Lantern baru, Jessica Cruz menyertai Batman, Superman, Wonder Woman dan barisan Justice League yang lain dalam misi menumbangkan musuh jahat baru yang lebih dahsyat lagi merbahaya!

Tonton treler rasmi sulung Justice League vs. The Fatal Five tersebut di bawah ini:

 

***

 

Pelukis, penulis dan pencipta Deadpool, Rob Liefeld hari ini telah mengumumkan bahawa komik Deadpool: Badder Blood akan menjadi cerita terakhirnya untuk watak tersebut yang mula diperkenalkan beliau sejak muncul kali pertama menerusi The New Mutants #98 (1991).

Komik tersebut merupakan sekuel kepada Deadpool: Bad Blood (2017).

Pengumuman tersebut telah dilakukan secara terbuka menerusi akaun rasmi beliau di bawah ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published.