Categories
Filem Komik Terkini

#TERKINI | JUMANJI 3 Bermula, JAMES BOND Tertangguh & Filem CODE 8! (16/2/19)

Filem James Bond ke-25 nampaknya kerap dilanda badai dugaan dan ujian.

Terbaru daripada pihak produksi studio MGM, filem yang masih belum berjudul rasmi itu akan ditunda lagi selama dua bulan. Ia akan beranjak dari tarikh tayangan rasmi 14 Februari, 2020 ke 8 April , 2020.

Ini merupakan penundaan dan penangguhan kedua sejak pengumuman rasmi dibuat untuk tayangan rasmi November 2019.

***

Dengan kejayaan dan kutipan hampir USD1 bilion untuk filem Jumanji: Welcome to the Jungle, maka Sony Pictures kini aktif terus menerbitkan sekuelnya dengan produksi rasmi yang bermula semalam.

Ia bakal ditayangkan pada tarikh 13 Disember, 2019 dengan pertembungan hebat dengan filem Star Wars: Episode IX seminggu kemudian!

***

Pelakon adik-beradik, Robbie dan Stephen Amell hari ini telah mendedahkan video eksklusif dan pandang pertama untuk projek filem independen bergenre fantasi/fiksyen sains mereka berjudul Code 8.

Ia mengisahkan sekumpulan manusia berkuasa luarbiasa yang hidup pada masa hadapan yang sering bertempur kuasa militan polis.

Tonton video rasmi tersebut di bawah ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published.