Categories
Anugerah Filem Komik Terkini

#TERKINI | Komik Batman RM5.7 juta lesap, Rob Liefeld Perkenalkan Major X, Anugerah PGA untuk Kevin Feige!

Hampir 450 judul komik telah dicuri daripada seorang kolektor dengan nilai harga USD$1.4 juta!

Menurut sumber The Sun Sentinel dan laman media sosial pemilik Randy Lawrence, kesemua koleksi komik Batman dan Detective Comics yang dilarikan itu telah didaftarkan secara atas talian dengan taksiran USD$1.4 juta atau bersamaan dengan lebih RM5.75 juta nilai matawang Malaysia. Tiada tangkapan dengan siasatan masih lagi berterusan dengan seorang suspek berjaya dikenalpasti sebagai dalangnya.

Randy Lawrence bertugas sebagai Pengarah Konsainan Komik (Comic Consignment Director) di Pedigree Comics, Boca Raton, Florida.

 

* * *

 

Menjelang April 2019, Rob Liefeld iaitu pelukis komik dan pencipta watak-watak popular seperti Deadpool, Cable dan X-Force bakal kembali ke Marvel Comics dengan Major X.

Ia bakal hadir sebagai siri mini 6-isu dengan gabungan hasil karya beliau sendiri bersama rakan seperjuangannya di Image Comics, Whilce Portacio. Menurut sumber, komik dan watak terbaru ciptaan Rob Liefeld itu berasal dari satu dimensri serta realiti alternatif (alternate reality) yang digelar “X-Istence” di mana mutan hidup aman harmoni tanpa ada sebarang diskriminasi mahupun peperangan.

 

* * *

 

Persatuan Penerbit Filem Amerika Syarikat (Producer’s Guild of America, PGA) telah menganugerahkan ‘orang kuat’ Marvel Studios dengan pengiktirafan dan Anugerah David O. Sleznick malam tadi.

Anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh Robert Downey Jr. yang memegang watak Tony Stark/Iron Man sejak awal fasa penubuhan Marvel Studios di bawah naungannnya sejak Mac 2007.

Syabas, Kevin Feige!

Leave a Reply

Your email address will not be published.