Menurut sebuah laporan hari ini, seragam superhero yang dipakai oleh teraju utama Zachary Levi dalam filem Shazam arahan David F. Sandberg dianggarkan bernilai USD1 juta dan pihak produksi dilaporkan mempunyai  10 pasang kesemuanya!

Tempoh masa selama 16 minggu telah diambil untuk penghasilan kostum tersebut dengan ilham banyak diambil daripada komik era DC New 52.

 

* * *

 

Sebuah treler acah untuk filem sekuel kepada Ghostbusters 3 yang telah didedahkan menerusi laporan kami semalam, kini tertular di internet. Filem arahan Jason Reitman tersebut dijangka akan berada di pawagam seluruh dunia pada musim panas 2020.

Treler acah berdurasi kurang seminit itu dapat ditonton sepenuhnya di bawah ini:

 

* * *

 

Nampaknya ada beberapa pelakon filem Avengers: Endgame disahkan kembali untuk penggambaran semula gara-gara perkongsian media sosial oleh Karen Gillan/Nebula dan Zoe Saldana/Gamora!

Nebula jelas terselamat daripada jalan cerita filem terdahulu dan Gamora pula telah dikorbankan oleh Thanos sebelum “melenyapkan” separuh hidupan. Persoalannya: Mengapakah Gamora muncul semula dalam sambungan Avengers: Infinity War ini masih menjadi tanda-tanya?

Ternyata ini merupakan satu kejutan yang tidak diduga oleh peminat.

 

View this post on Instagram

 

Hair up! What goes on, must come off! Adios Gamora… for now at least! Ha @makeupbyvera7 @fxrtst @avengers @trolls

A post shared by Zoe Saldana (@zoesaldana) on

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *