Presiden Marvel Studios, Kevin Feige hari ini telah berkongsikan satu maklumat penting dan menarik tentang Fasa 4 Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Berdasarkan satu sumber wawancara yang boleh dipercayai semasa sesi sidang media filem Captain Marvel baru-baru ini, beliau sekali lagi menekankan bahawa kita semua akan dapat mengetahui pelan dan perancangan sebenar untuk Fasa 4 tersebut sejurus selepas selesai tayangan Avengers: Endgame dan Spider-Man: Far From Home di pawagam seluruh dunia:

“As we’ve been doing for years, we aren’t going to announce anything post Avengers: Endgame or Spider-Man [Far From Home] until post-Endgame and Spider-Man. As you know as a fan, there’s a tremendous amount of potential and a tremendous amount of additional characters and storylines and groups of characters that we’re going to keep playing with. And again, that’s a testament to Marvel and to the amount of storylines and characters and amazing, amazing runs that have been in the Marvel comics.”

Namun begitu, apabila ditanya tentang kemasukan serta status X-Men dan Fantastic Four dalam MCU bakal menambahkan bilangan filem Marvel lebih daripada tiga judul setiap tahun, beliau dengan bersahaja menjawab:

“We’ve always said there are no mandates to make any more than two films a year. But as we’ve seen the last couple years, when it naturally happens, and when there are ideas and when there are teams ready to go.. we’re not going to hold something back.”

Boss besar Marvel Studios itu turut menambah peminat akan dihidangkan dengan julat dan variasi filem yang merangkumi pengembaraan solo, gabungan superhero (team-ups) dan banyak lagi status quo baharu dengan lebih banyak watak-watak Marvel yang belum pernah disaksikan menerusi layar pawagam sebelum ini.

Tiada apa yang sahih dan muktamad setakat apa yang kita pernah dengar dan ramal untuk Fasa 4 kecuali Black WidowBlack Panther 2Guardians of the Galaxy Vol. 3Doctor Strange 2Shang-Chi dan The Eternals.

 

***

 

Nampaknya seteru pembinasa dan pemusnah bernama Godspeed kini pasti akan hadir menerusi siri televisyen The Flash tidak lama lagi!

Buktinya didedahkan dalam satu entri Twitter yang melambangkan imej beliau yang setia pada rekaan dan penampakan komiknya di bawah ini:

Cuma persoalan sebenar di sini adalah siapakah identiti di sebalik topeng tersebut?

Berdasarkan asalan sejarah komik, Godspeed adalah August Heart: teman sejawat Barry Allen di Balai Polis Central City.

***

 

Pada 16 Julai, 2021 dengan secara rasminya permainan video Space Jam 2 yang dibintangi oleh LeBron James, Bugs Bunny, Lola Bunny dan sahabat mereka yang akan dipasarkan di seluruh dunia!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *