Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

#TERKINI | Pandang Pertama Y: THE LAST MAN, Treler Acah TWILIGHT ZONE, GONG XI FA CAI!

Sudah agak lama kita tidak mendengar sebarang perkembangan terbaru tentang projek siri televisyen adaptasi komik Y: The Last Man.

Sehinggalah sekarang!

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, projek tersebut sebenarnya sudah bermula dan bakal disiarkan pada tahun 2o20. Kita juga dapat melihat pandang pertama imej rasmi untuk siri televisyen tersebut di bawah ini yang menampilkan Yorick bersama Monyet Capuchin kesayangannya bernama Ampersand.

Yorick Brown dilakonkan oleh Barry Keoghan (DunkirkThe Killing of a Sacred Deer) yang turut dibantu oleh Diane Lane sebagai ibunya, Senator Jennifer Brown selain Imogen Poots (Fright Night), Lashana Lynch (Captain Marvel) selaku watak Agent 355.

Menurut Nick Grad selaku Presiden Siaran Program dan Produksi Televisyen FX:

“Y: The Last Man is a towering achievement among graphic novel storytelling and it’s been rewarding to work with this outstanding team. Michael Green and Aïda Mashaka Croal have partnered with Nina Jacobson and Brad Simpson to deliver a stunning new expression of this fascinating and timely story. Melina Matsoukas, who directed the pilot, did an incredible job bringing it to life with Diane Lane and this stellar cast.”

 

***

 

Sebuah video promo reboot terbaru untuk siri televisyen klasik The Twilight Zone telah ditularkan semalam. Tonton video tersebut di bawah ini yang bakal disiarkan menerusi saluran strim CBS All Access tidak lama lagi:

 

***

 

Disney yang menjadi pemilik Marvel dan Pixar telah melancarkan poster eksklusif sempena perayaan Tahun Baru Cina 2019 untuk tatapan kita bersama di bawah ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published.