Categories
Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Televisyen Terkini

#TERKINI | Prekuel KINGSMAN, Treler SHAFT & CHILD’S PLAY!

Filem prekuel Kingsman arahan Matthew Vaughan berjudul The Great Game telah menambah dua lagi nama besar untuk filem ketiga adaptasi daripada komik tersebut.

Aaron Taylor-Johnson (Kick-Ass, Avengers: Age of Ultron) dan Gemma Arterton (Hansel and Gretel: Witch Hunters, Byzantium) adalah dua bintang terbaru yang dimaksudkan itu. Mereka menyusul selepas kemasukan Charles Dance, Daniel Bruhl and Ralph Fiennes yang terdahulu dipilih untuk beraksi dalam filem ketiga menerusi francais dunia perisikan ala James Bond di bawah jata Millarworld.


Kingsman: The Great Game dijangka berada di pawagam seluruh dunia pada 8 November, 2019.

 

***

 

New Line Cinema hadir dengan sebuah treler sulung rasmi untuk filem terbaru Shaft.

Filem ini dilaporkan mempunyai kaitan dengan filem reboot Shaft terdahulu yang pernah dihasilkan pada tahun 2000 lakonan Samuel L. Jackson.  Ia diinspirasikan daripada filem asal tahun 1971 lakonan Richard Roundtree yang turut kembali menerusi naskah kali ini sebagai ayah kepada Shaft (“The O.G. John Shaft”)!

Filem ini bermula dengan kemunculan generasi ketiga Shaft lakonan Jesse T. Usher yang berperanan sebagai anak kepada Shaft yang lebih bersifat ‘milenial’ berbanding ayah dan nendanya itu yang ‘old school’.

Shaft akan berada di pawagam seluruh Amerika Syarikat pada 14 Jun, 2019 dan di seluruh dunia menerusi saluran Netflix dua minggu selepas itu.

***

 

Treler acah sulung rasmi untuk filem reboot Child’s Play kini dapat ditonton ramai menerusi video di bawah ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published.