Categories
Filem Komik Terkini

#TERKINI | Preview Filem Super Bowl ke-53, Gambit Mengarah Gambit, Siapakah Katherine Langford?

Kurang dua minggu daripada sekarang, perlawanan akhir Superbowl ke-53 bakal berlangsung.

Diibaratkan perlawanan akhir Piala Malaysia di sini, ia merupakan antara acara sukan terbesar dan paling komersial yang dinantikan setiap tahun seluruh Amerika Syarikat bukan hanya kerana jumlah rating yang boleh mencecah rekod ratusan juta tontonan tetapi kesempatan pembikinan filem di Hollywood memacu jentera publisiti dan promosi mereka ke tahap maksimum.

Berikut adalah di antara filem-filem untuk tahun 2019 yang dijangka mendapat slot preview khas termasuk treler eksklusif pada Perlawanan Akhir Superbowl ke-53 yang bakal berlangsung pada 3 Februari nanti di antara Los Angeles Rams dan New England Patriots:

  1. Captain Marvel
  2. Avengers: Endgame
  3. Star Wars: Episode IX
  4. The Lion King
  5. Dumbo
  6. Aladdin
  7. Toy Story 4
  8. Frozen 2
  9. Shazam!
  10. Joker 
  11. Detective Pikachu
  12. Godzilla: King of the Monsters
  13. IT: Chapter 2
  14. Spider-Man: Far from Home
  15. Men in Black: International
  16. Hellboy
  17. Alita: Battle Angel
  18. X-Men: Dark Phoenix
  19. The LEGO Movie 2: The Second Part
  20. Hobbs & Shaw (Spin-off kepada francais filem Fast & Furious)
  21. John Wick: Chapter 3 – Parabellum

 

* * *

 

Channing Tatum akan menjadi Gambit. Channing Tatum akan mengarah Gambit?

Dengan pelbagai cabaran yang dihadapi untuk memulakan produksi dengan pengarah Rupert Wyatt (Rise of the Planet of the Apes), Doug Liman (Edge of Tomorrow) dan Gore Verbinski (Pirates of the Caribbean: Curse of the Black Pearl) masing-masing ‘angkat kaki’ disebabkan perbezaan kreatif dan bertingkah halatuju bersama 20th Century Fox, khabar angin bertiup kencang kala ini yang menyatakan bahawa Channing Tatum sendiri akan tampil sebagai sutradara buat pertama kali demi menggerakan filem ini serta-merta.

Sama ada benar atau tidak, hanya masa yang dapat menentukannya.

 

* * *

 

Dengan sesi penggambaran tambahan untuk Avengers: Endgame baru selesai dilakukan, kini muncul beberapa teori tambahan yang semakin menarik perhatian.

Antara yang paling mengujakan adalah watak yang akan dipegang oleh pendatang baharu, Katherine Langford.

Beliau adalah kemasukan paling lewat dan mutakhir dalam filem tersebut. Maka ia langsung mendatangkan 1001 persoalan siapakah dan apakah peranan beliau nanti: Adakah beliau Kate Bishop, jelmaan Hawkeye yang baru? Adakah beliau Cassie Lang, anak Scott Lang/Ant-Man dari masa hadapan? Adakah beliau Natalia Romanova, seorang lagi agen Black Widow?

Lebih radikal ada yang mengandaikan beliau adalah anak perempuan Tony Stark dan Pepper Potts yang muncul dari dimensi alternatif di penghujung filem nanti.

Dengan entri Instagram terbaru beliau yang berambut merah di bawah, peminat-peminat di luar sana kini bebas membuat andaian dan teori popular mereka sendiri:

 

View this post on Instagram

 

She (red)y 💇💁

A post shared by KATHERINE LANGFORD (@katherinelangford) on

Leave a Reply

Your email address will not be published.