Categories
Filem Komik Terkini

#TERKINI | Projek Baru Stephen Chow, James Gunn Arah SUICIDE SQUAD, HOBBS & SHAW!

Seniman komedi legenda Hong Kong, Stephen Chow Sing Chi bakal hadir dengan sebuah filem baru berjudul The New King of Comedy.

Filem tersebut yang akan ditayangkan pada 5 Februari sempena sambutan Tahun Baru Cina nanti. Ini pastinya akan mendapat sambutan menggalakkan setelah “persaraan” beliau berada di hadapan kamera dan kini aktif menjadi penerbit dan pengarah selepas kali terakhir beraksi dalam filem CJ7 (2008).

Sebagai rangka promosi dan publisiti, sebuah video di belakang tabir untuk filem tersebut telah disiarkan baru-baru ini untuk santapan dan tatapan kita bersama:

 

***

 

Walaupun ramai yang meramalkan Universal Pictures bakal mendedahkan treler sulung rasmi Hobbs & Shaw semasa Perlawanan Akhir Super Bowl LIII pada 4 Februari nanti, nampaknya pihak studio akan menyiarkannya lebih awal kurang 24 jam daripada sekarang.

Filem tersebut diarahkan oleh David Leitch (John Wick, Deadpool 2) serta dibintangi Dwayne Johnson sebagai Luke Hobbs, Jason Statham sebagai Deckard Shaw, Idris Elba sebagai Brixton dan Vanessa Kirby sebagai Hattie Shaw.

Fast & Furious Presents: Hobbs and Shaw bakal berada di pawagam pada 2 Ogos, 2019.

 

***

 

THR hari ini telah mengesahkan bekas pengarah Guardians of the Galaxy Vol.1 & 2, James Gunn bakal menjadi sutradara untuk sekuel Suicide Squad!

Ia dilaporkan menjadi sebuah filem serba baru atau relaunch dengan majoriti pelakon-pelakon dan watak-watak baru. Walaupun ia bukanlah satu kejutan memandangkan beliau sebenarnya sudah pun bersetuju untuk menjadi penulis skrip filem tersebut sebelum ini, namun idea kemasukan barisan pelakon dan watak baru tersebut memang tidak terjangka sama sekali. Setakat ini hanya Margot Robbie (Harley Quinn) dan Will Smith (Deadshot) sahaja telah disahkan kembali beraksi.

Perkembangan selanjutnya akan menyusul dari masa ke semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.