Ini berita yang baru kami terima sebentar tadi.

Dengar khabar tidak lama lagi akan wujud Restoran DC World yang hadirnya dari tanah United Kingdom sana. Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, ianya akan berkonsepkan 5 bintang dan ‘fine dining’ dengan butiran tersebut:

“The proposed design continues the use of the space as a high-end restaurant. The restaurant will be rooted within the DC Multiverse, taking visitors on a culinary adventure through the many fictional Universes famous for its superhero residents such as Batman, Superman, and Wonder @oman.

The style and design of the DC Multiverse are heavily influenced by the Art Deco period with the style prominent within its publications and film and television work. The restaurant will not be a ‘theme park’ with literal sets and costumes from the franchise, but it has the intention to invite guests to experience the DC Universe without breaking the fourth wall- the imaginary wall that separates the audience from the performance.

Reflecting Oliver Bernard’s work, the design will be a contemporary interpretation of the Art Deco period. This approach will evoke a sense of atmosphere prevalent in DC and the Titanic Bar without resorting to pastiche, encapsulating the Art Deco ethos of endless possibilities- progression and forward movement of time.”

Wow. Ini tampak seperti sesuatu yang sangat eksklusif walaupun belum ada lagi tarikh pelancaran rasmi dan lokasi restoran tersebut bakal dibina.

Maklumat akan kami laporkan dari masa ke semasa.

 

***

 

Perincian maklumat dan jalan cerita untuk filem Eternals oleh Marvel Studios masih lagi dirahsiakan sehingga kini.

Tetapi kita sudah mula mendapatkan gambaran lebih jelas tentang apakah yang boleh dijangkakan mengenai adiwira asal angkasa dan kosmik tersebut selepas Guardians of the Galaxy. Apa yang pasti setakat ini adalah ianya akan diarahkan oleh pengarah Chloé Zhao Ting yang berasal dari Beijing, China dengan butiran di bawah yang dipetik daripada Presiden Marvel Studios, Kevin Feige dalam satu wawancara bersama media baru-baru ini:

“Eternals are one group but we like the idea of introducing an ensemble, doing an ensemble movie from the start as opposed to building up as we did with the first Avengers. More like Guardians. Not tonally but in terms of introducing a new group of people. You were asking about ’60s and ’70s before. Jack Kirby did an immense, amazing epic with Eternals that spans tens of thousands of years and that’s also something we haven’t really done, which is why that among many other things post-Endgame.. we find appealing.”

Dari kenyataan di atas, nampaknya Marvel Studios bakal menghidangkan kepada kita sesuatu yang segar dan unik.

 

***

 

Kali terakhir perkhabaran diterima, Warner Bros. masih lagi dalam fasa perancangan untuk projek sekuel/reboot Gremlins.

Akan tetapi ada besar kemungkinan kita akan dapat menyaksikan kelibat Gizmo dan rakan-rakannya dalam versi animasi terlebih dahulu. Berdasarkan sumber yang dipetik daripada Variety, sebuah siri animasi Gremlins kini sedang giat berjalan dan diusahakan menerusi siaran strim WarnerMedia tidak lama lagi.

Ianya akan diterbitkan oleh Warner Bros. Television dan Amblin Television milik Steven Spielberg.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *