Categories
Filem Komik Televisyen Terkini

#TERKINI | Sandra Bullock REBORN, BLACK WIDOW bermula, Krew Baharu GUARDIANS OF THE GALAXY!

Satu lagi berita gempar dan menarik daripada Netflix apabila komik siri mini Reborndilapor akan difilemkan,

Ia bakal diterbitkan dan dibintangi oleh Sandra Bullock serta diarahkan oleh Chris McKay yang turut pernah disahkan untuk menjadi sutradara untuk filem solo Nightwing dan adaptasi Jonny Quest.

Komik tersebut adalah hasil karya penulis komik popular Mark Millar dan dilukis oleh Greg Capullo.

 

***

 

Filem solo Black Widow dikhabar akan memulakan penggambaran seawal bulan hadapan.

Scarlett Johansson sudah sah kembali beraksi sebagai Natasha Romanoff sejak mula menghidupkan watak tersebut dalam filem Iron Man 2 pada tahun 2010. Ia bakal menjadi prekuel dan cerita asal usul Black Widow yang dijangka tayangannya pada tahun 2020.

 

***

 

Keluaran komik Guardians of the Galaxy #1 hari ini telah mendedahkan barisan terbaru dan terkini pasukan adiwira angkasa tersebut serta kelibat Groot dengan kejutan imej ala punk!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.