Categories
Filem Novel Terkini

#TERKINI | Sekuel EDGE OF TOMORROW, RAMBO: LAST BLOOD & ZANBATO! (2/3/19)

Sumber Deadline melaporkan bahawa Warner Bros. kini dengan rasmi akan menghasilkan sambungan untuk filem Edge of Tomorrow!

Dengan judul tentatif Live Die Repeat and Repeat, tanggungjawab penulisan skrip telah dahulu diberikan kepada Matthew Robinson (The Invention of Lying). Pengarah Doug Liman (American Made) akan kembali sebagai sutradara dan juga turut bertindak sebagai penulis skrip di samping Matthew Robinson.

Manakala Tom Cruise (Mission: Impossible – Fallout, Top Gun 2: Maverick) dan Emily Blunt (Mary Poppins Returns, A Quiet Place) dijangkakan bakal kembali memegang peranan sebagai Mejar William Cage dan Sarjan Rita Vrataski walaupun di antara mereka masih belum mengesahkannya.

Tom Cruise kini sibuk menjalani penggambaran Top Gun: Maverick bersama Joe Kosinski (Only the Brave) dan akan terus memulakan produksi  Mission: Impossible 7 dan Mission: Impossible 8 selepas itu dengan Chris McQuarrie pada hujung tahun ini. Filem ini adalah berdasarkan novel ringan All You Need Is Kill karya Hiroshi Sakurazaka.

Dengan jadual padat untuk 2019 dan 202o, maka Edge of Tomorrow 2 diramal memulakan produksi paling awal pada tahun 2021.

 

***

 

Penampilan terakhir yang akan menyaksikan aksi muktamad Sylvester Stallone sebagai John Rambo di layar pawagam akhirnya mempunyai tarikh tayangan rasmi.

Filem kelima dalam saga tersebut dengan judul Rambo: Last Blood akan sah ditayangkan pada 20 September, 2019.

Ianya akan terus berkesinambungan daripada filem yang lalu iaitu Rambo (2008) yang berlatarbelakang kampung halaman wira perang tersebut di Arizona. Namun gara-gara penculikan anak gadis kepada sahabat karib beliau oleh sekumpulan kartel yang ganas, John Rambo terpaksa bangkit buat kali penghabisan dan menghabiskan mereka habis-habisan!

Filem arahan Adrian Goldberg (Get the Gringo, Wall Street: Money Never Sleeps, Edge of Darkness, Apocalypto) ini turut dibintangi Paz Vega, Sergio Peris-Mencheta dan Yvette Monreal.

 

***

 

Pengarah filem kegemaran ramai, Guillermo del Toro nampaknya sudah memilih projek filem seterusnya!

Nama dan judulnya? Zanbato.

Ianya bakal diterbitkan oleh sutradara terkenal J.J. Abrams di bawah studionya Bad Robot dengan plot serta jalan cerita yang masih dirahsiakan. Hanya setakat yang kami tahu, ianya mengisahkan seorang gadis berusia 10 hingga 15 tahun dengan bakat tempur dan tarung tangan tahap tinggi ala Hit-Girl dalam filem/komik Kick-Ass atau Alita: Battle Angel. Malah ada juga sumber yang melabelkan watak utama tersebut sebagai seorang ‘ninja moden’.

Ianya akan bergenre aksi dan fiksyen sains dengan penerangan tersebut oleh sumber carian internet popular, Wikipedia:

“Zanbatō (斬馬刀), an especially large, single-edged sword dating to the Heian period of historical Japan. The name zanbatō translates to “horse-slaying sword” or “horse-chopping saber”. Original examples came from Song Dynasty China and were employed by anti-cavalry infantry in the same manner.”

Guillermo Del Toro kini sedang sibuk dikaitkan dengan projek animasi ‘stop-motion’ Pinnocio untuk siaran Netflix pada tahun 2021 di samping menerbitkan projek Antlers, Scary Stories to tell in the Dark dan Guillermo Del Toro Presents: 10 After Midnight juga untuk Netflix.

Leave a Reply

Your email address will not be published.