Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Televisyen Terkini

#TERKINI | Siri Animasi MARVEL/HULU, Sekuel AQUAMAN, SHAZAM! (12/2/19)

Warner Bros. Pictures dan DC Entertainment telah melancarkan sebuah video promosi eksklusif untuk filem Shazam! arahan David F. Sandberg.

Ia memberikan kita sisi pandang baharu dan segar untuk adaptasi filem komik terbaru itu yang dibintangi oleh Zachary Levi sebagai teraju utama, Billy Batson/Shazam. Video tersebut dapat anda tonton di bawah ini:

Shazam! akan berada di pawagam seluruh dunia pada 5 April, 2019.

 

***

 

Sekuel Aquaman akhirnya rasmi sedang dalam fasa pembangunan!

Sebagai bukti, seorang penulis skrip dan lakon layar telah dilantik hari ini dengan nama David Leslie Johnson-McGoldrick sekali lagi dipilih selaku pengkarya filem dan cerita terdahulu. Sama ada rakan sejawatnya, Will Beal akan digandingkan sama masih menjadi tanda-tanya.

Kita juga masih menantikan pengesahan James Wan untuk kembali sebagai pengarah walaupun sah akan hadir selaku penerbit bersama Peter Safran.

 

***

 

Marvel mungkin terpaksa menamatikan projek siri animasi Deadpool yang sebelum ini dirancang untuk siaran menerusi saluran FX. Namu  perkembangan terkini nampaknya mendedahkan bahawa mereka bakal bergabung pula dengan HULU (yang bakal dimiliki oleh Disney/Marvel tidak lama lagi untuk melancarkan siri animasi The Offenders!

Empat siri animasi berasingan akan disiapkan dengan penampilan watak M.O.D.O.K.Hit-MonkeyTigra & Dazzler dan Howard the Duck. Hampir serupa dan sama dengan pendekatan Netflix untuk siri The Defenders, mereka juga bakal digabungkan dalam satu pasukan tidak lama lagi.

Belum ada pengumuman lanjut selain itu tetapi ia dijangka disasarkan untuk tonton dewasa dan bukan untuk tatapan kanak-kanak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.