Teraju utama John Krasinski sebelum ini telah mengumumkan secara rasmi menerusi laman media sosial miliknya tentang sekuel filem blockbuster, A Quiet Place.

Baru-baru ini berdasarkan sumber yang dipetik dari The Hollywood Reporter, pelakon lain seperti Emily Blunt, Millicent Simmonds dan Noah Jupe juga dalam rundingan aktif untuk kembali beraksi dengan peranan dan watak masing-masing sebagai ahli keluarga Abbott. Ia dijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh seminggu terdekat ini.

Perincian plot masih lagi dirahsiakan tetapi Paramount Pictures merancang untuk memulakan produksi pada bulan Julai nanti.

Filem ini pada asalnya hanya menelan bajet produksi sebanyak USD$17 juta namun berjaya meraih kutipan box-office sebanyak USD$340.9 juta seluruh dunia!

 

***

 

Sejak Rupert Wyatt meninggalkan projek siri televisyen adaptasi aksi hidup Halo terbitan saluran Showtime, usaha berterusan sedang giat dilakukan untuk mencari pengganti sebagai pengarah dan penerbit eksekutif berdasarkan permainan video popular tersebut.

Kelmarin, mereka telah mengumumkan Otto Bathurst akan bertanggungjawab untuk mengambil-alih untuk beberapa episod selaku penerbit eksekutif, penulis skrip dan pengarah projek di atas. Ia dijangka akan memulakan produksi hujung tahun ini dengan rancangan 9 episod untuk musim sulungnya.

Otto Bathurst adalah seorang penerbit dan pengarah ‘otai’ dengan filem Robin Hood (2018), siri televisyen Peaky Blinders dan episod “National Anthem” menerusi siri televisyen Black Mirror.

Tiada plot terperinci telah diumumkan namun berikut adalah maklumat yang diperolehi setakat ini:

“In its adaptation for SHOWTIME, HALO will take place in the universe that first came to be in 2001, dramatizing an epic 26th-century conflict between humanity and an alien threat known as the Covenant. HALO will weave deeply drawn personal stories with action, adventure and a richly imagined vision of the future.”

 

***

 

Aquaman telah berjaya meraih kutipan box-office sebanyak lebih  USD$1 billion seluruh dunia.

Sama ada anda setuju atau tidak, secara visualnya pengembaraan sulung adiwira samudera asal Atlantis ini menghidangkan kesan khas dan efek visual (VFX) yang amat menarik lagi menakjubkan.

Dan pada hari ini beberapa imejan VFX telah didedahkan dan ia memberikan kita semua betapa usaha serius dan profesional telah dilaksanakan demi menjayakan produksi filem adaptasi DC Comics arahan James Wan tersebut (Conjuring, Insidious, Saw).

Sebagai contoh, tahukah anda hampir 100% babak dalam laut dalam filem ini adalah janaan digital (CGI)? Malah beberapa lokasi juga telah mendapat sentuhan CGI untuk impak lebih dinamik termasuk kelibat Karathen dan King Atlan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *