Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Terkini

#TERKINI | Star-Lord Bakal Kahwin Anak Terminator, Shyamalan Hampir Arah Filem Marvel/DC, Rescue Armour Tertiris Lagi!

Arnold Schwarzenegger bakal menerima menantu tidak lama lagi.

Beliau yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan adalah Chris Pratt, bintang utama yang popular sebagai watak Star-Lord menerusi filem Guardians of the Galaxy dan pernah dikhabarkan sebagai Indiana Jones yang baharu. Beliau telah melamar Katherine Schwarzenegger awal minggu lalu bersedia untuk berkahwin dengan gadis pilihannya itu dalam tempoh terdekat ini.

Chris Pratt pernah berkahwin dan berpisah dengan Anna Faris sebelum ini pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jack. Bekas isteri beliau yang juga seorang pelakon popular merestui hubungan bekas suaminya itu dengan anak bintang besar 80an tersebut yang pernah memegang watak T-800 (Terminator) dan Dutch (Predator) suatu masa dulu.

 

***

 

M. Night Shyamalan mendedahkan bahawa beliau pernah ditawarkan kerusi pengarahan untuk produksi filem-filem terbitan Marvel Studios dan DC Comics di bawah Warner Bros.

Petikan yang diambil menerusi wawancara eksklusif bersama Yahoo dan EW itu menyatakan walaupun pertemuan antara beliau bersama kedua-dua belah pihak tidak rasmi dan hanya berlangsung santai, ia sukar untuk dilaksanakan kerana “bahasa filem” yang berbeza:

“It’s not fair to [studios] because they want to make [their films] in a certain language. And what if I said ‘Hey, I’m going to do this 3-minute shot on the back of his head.. and I also want to make them very dark.. and I want his motivation to be really ambiguous.. and I want to challenge the audience to make them super-uncomfortable.’ I want [the studio] to be OK with those things.”

 

***

 

Gwyneth Paltrow disahkan akan menyarung perisai adiwira “Rescue” (Mark 1616) yang dicipta khas oleh Tony Stark/Iron Man untuk Pepper Potts dalam filem Avengers: Endgame.

Ia juga lebih popular dengan nama “Iron Maiden” menerusi siri komik Marvel dan pernah juga diterampilkan menerusi siri animasi Iron Man: Armored Adventures pada tahun 2009 hingga 2012.

Hari ini telah tertiris beberapa lagi foto rekaan prototaip seragam tersebut dalam versi figura aksi:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.