Titans musim pertama berakhir dengan cerita yang agak tergantung.

Namun demikian pada babak bonus kredit episod penghabisan, kita dapat melihat penampilan Superboy yang berjaya melolosan diri daru Makmal CADMUS bersama Krypto serta dijangka akan memberi impak besar untuk musim mendatang,

Hari ini, nama pelakon yang bakal memegang watak Superboy itu telah terdedah dan nama beliau adalah Joshua Orpin. Untuk versi Superboy dalam Titans, beliau dilabelkan sebagai “seorang remaja yang mencari identiti sebenar dalam menjadi seorang adiwira”.

 

***

 

Kedengaran desas-desus kebelakangan ini serta teori pelbagai yang mengatakan filem Avengers: Endgame akan membawa kita lebih dalam ke dasar dimensi dan dunia ‘Quantum Realm’.

Semuanya daripada pengembaraan masa kepada penampilan sulung Black Knight. Terkini Presiden Marvel Studios, Kevin Feige telah mengeluarkan kenyataan tentang peri pentingnya perkara tersebut:

“I think it is really important. I think it’s one of the fun things about the comics that allow you to explore entirely new terrains. And we’ve hinted at it now in numerous films and it’s untapped, primarily untapped potential.”

Kini jelas bahawa ‘Quantum Realm’ bakal memainkan peranan besar untuk Fasa 4 Semesta Sinematik Marvel (MCU) tetapi cuma belum dapat dipastikan ke tahap dan formasi yang bagaimana.

 

***

 

Sumber yang dipetik dari Collider telah mengesahkan bahawa pemenang Pelakon Terbaik Anugerah Academy ke-91 baru-baru ini, Rami Malek sedang dalam fasa rundingan akhir untuk menjadi watak antagonis utama untuk filem James Bond 25!

Nampaknya semua sedang berjalan lancar dan hanya tinggal susunan jadual penggambaran untuk musim terakhir Mr. Robot sebelum segalanya masuk ke peringkat seterusnya. Khabar angin menyebut beliau mungkin akan memegang watak penjahat yang buta dalam filem terbaru hasil adaptasi karya perisik popular Ian Flemung itu. Pelakon lain yang disahkan akan beraksi adalah Lea Seydoux, Naomie Harris, Ben Whishaw, Ralph Fiennes dan sudah tentunya Daniel Craig.

Sebagai berita bonus daripada sumber Variety, Billy Magnussen (Maniac) adalah pilihan utama untuk memegang watak Pegawai Operatif Khas CIA yang bakal berganding bahu dengan James Bond.

James Bond 25 dijangka berada di pawagam seluruh dunia pada 8 April, 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *