Walaupun ada segelintir engggan menerima kenyataan dan realiti tetapi hakikatnya hayat Ben Affleck sebagai Bruce Wayne/Batman kini rasminya telah berakhir.

Berita di atas disahkan sendiri oleh bakal pengarah filem solo adiwira kota Gotham yang akan datang tersebut, Matt Reeves dalam satu kenyataan media baru-baru ini. Kita turut mendapatkan susulan pengesahan daripada Ben Affleck sendiri dan pada hari ini, pengarah dan sutradara asal yang bertanggungjawab memilih beliau sebagai watak tersebut telah mengeluarkan kenyataan rasmi.

Zack Snyder yang bertanggungjawab untuk filem Batman v Superman: Dawn of Justice dan Justice League berkongsi entri ini menerusi lama rasmi Vero True Social miliknya:

 

***

 

Selepas spekulasi demi spekulasi yang tidak berkesudahan, nampaknya kini peranan sebenar Jude Law dalam filem Captain Marvel sudah hampir dapat dipastikan secara rasmi.

Ya. Seperti yang dijangka ramai, beliau sah akan memegang watak Yon-Rogg.

Ini dibuktikan menerusi sebuah terbitan adaptasi novel filem bertajuk “Starforce On The Rise”Sebelum ini, ada yang mengeluarkan bemacam teori dan ramalan tentang watak sebenar lakonan Jude Law. Antara teori dan ramalan popular adalah Yon-Rogg, Mar-Vell, perisik intergalaktik Skrull dan sebagainya.

Captain Marvel akan berada di pawagam seluruh dunia pada 8 Mac, 2019 yang akan terus berkesinambungan dengan filem  Avengers: Endgame selepas itu.

 

***

 

Pada tahun 1998, filem Ring (リング Ringu) telah membuka lembaran untuk fenomena baharu dunia sinematik seram Asia dan juga dunia sehingga mendapat saduran versi buatan semula Hollywood.

Ia berjaya meraih kejayaan demi kejayaan blockbuster dengan prekuel dan sekuel filem hasil daripada adaptasi asal novel karya Hideo Nakata itu. Terkini adalah sebuah sekuel berjudul Sadako dengan poster teaterikal dan treler acah rasmi rasmi yang dapat anda lihat di bawah ini:

Sadako akan berada di pawagam seluruh Jepun pada 24 Mei, 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *