Tidak ada seorang pun yang dimaklumkan bahawa sebuah filem biografi Hulk Hogan sedang diusahakan sehingga hari ini!

Menurut sumber yang dipetik dari THR, pelakon asal Australia iaitu Chris Hemsworth (Thor, Ghostbusters, MIB: International) bakal memegang peranan utama sebagai ahli gusti legenda tersebut.

Projek di bawah naungan Netflix itu akan diarahkan oleh pengarah Joker, Todd Philips yang turut sama bertindak sebagai penerbit bersama Chris Hemsworth, Michael Sugar, Bradley Cooper dan bekas promoter WCW, Eric Bischoff.

Hulk Hogan atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea adalah seorang ahli gusti profesional paling dikenali dan popular pada era 80an dan 90an serta wajah komersial untuk WWE (dahulu WWF) sejak sekian lama. Nama dan wajahnya telah muncul dalam banyak jenama produk dan adaptasi termasuk filem, siri animasi dan juga komik.

 

***

 

Natalie Portman telah memfailkan perintah halangan ke atas seorang lelaki yang menggelarkan dirinya ‘John Wick’ setelah terdapat percubaan untuk masuk ke dalam kediamannya baru-baru ini.

Menurut sumber berita, dokumen mahkamah telah pun berjaya diperolehi untuk perintah halangan sementara terhadap lelaki itu termasuk perintah merampas senjata api sejak dua minggu lalu. Petisyen yang difailkan pada 31 Januari lalu itu menyebut:

 “a high-prole actor of international notoriety.. rang the intercom/doorbell multiple times but said nothing when attempts to engage him were made over the intercom several times, telepathically.. and that he had travelled from Colorado to Los Angeles to meet the individual.”

 

***

 

Sejak bertahun lamanya, peminat dan pengikut setia mahukan sebuah filem solo Obi-Wan Kenobi.

Dan kini impian itu bakal menjadi kenyataan.

Seorang pengarah dan penulis skrip dikatakan sudah pun dilantik secara sulit oleh pihak produksi dengan keutamaan projek tersebut untuk saluran strim terbaru Disney+ yang besar kemungkinan akan menjadi drama bersiri sepanjang 6 episod. Walaupun kegagalan filem Solo: A Star Wars Story telah membantutkan produksi tersebut dari format filem ke format strim digital, pelakon Ewan McGregor tetap dikatakan bakal muncul selepas kali terakhir tampil dalam Star Wars: Episode III – Revenge of the Sith (2005).

Secara rasminya, ini adalah produksi Star Wars kedua untuk Disney+ selepas The Mandalorian yang sedang sibuk dalam fasa penggambaran prinsipal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *