Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

#TERKINI | TOY STORY 4, DC SUPER HERO GIRLS, Reboot Senyap TRANSFORMERS! (18/2/19)

Bo Peep, kekasih kepada Woody kembali dalam Toy Story 4 dan kali ini dikhabarkan mempunyai peranan lebih besar berbanding trilogi terdahulu!

Setelah 20 tahun watak itu diperkenalkan, Bo Peep tampak sudah berubah berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh pelakon suara watak tersebut Annie Potts dalam satu wawancara eksklusif bersama program Good Morning America.  Turut dipersembahkan kepada penonton adalah sebuah klip babak daripada filem arahan Josh Cooley (Inside Out) yang dilihat penting dalam kesinambungan saga animasi kegemaran ramai sejak 1995 itu!

Toy Story 4 akan berada di pawagam seluruh dunia pada 21 Jun, 2019.

 

***

 

Tonton treler rasmi dan terbaru untuk siri animasi Cartoon Network DC Super Hero Girls yang dijang akan disiarkan bermula 8 Mac nanti dengan episod khas selama 1 jam berjudul “Sweet Justice” di bawah ini:

 

***

 

Impian para peminat Transformers akhirnya mungkin menjadi kenyataan untuk menyaksikan sebuah semesta sinematik yang mereka idam-idamkan selama ini.

Laporan terbaru yang kami petik dari TFW2005 mendedahkan bahawa Hasbro dan Paramount sedang dalam rangka perancangan untuk menggunakan filem Bumblee sebagai batu loncatan untuk sebuah Semesta Sinematik Reboot Transformers selepas era Michael Bay.

Sebelum ini, filem tersebut hanya dilabelkan sebagai sebuah prekuel.

Masih lagi ditayangkan menerusi beberapa pawagam terpilih seluruh dunia, ia berjaya meraih keuntungan sebanyak USD$458.2 juta setakat ini dan diangkat oleh pengkritik dan peminat sebagai filem aksi hidup Transformers terbaik setakat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.