Detective Pikachu akan ditayangkan selang beberapa minggu selepas tayangan Avengers: Endgame seluruh dunia.

Namun begitu, apa yang kita telah lihat berdasarkan treler rasmi pertamanya dulu membuktikan bahawa adaptasi aksi hidup watak kegemaran ramai ini boleh menandingi cabaran box-office dan treler terbaru di bawah ini sekali lagi membuktikannya!

Sekiranya anda tidak mahu terganggu dan didedahkan dengan spoiler besar menerusi filem tersebut, kami syorkan anda tinggalkan entri ini serta-merta.

Masih di sini?

Bagus.

Ini bermakna anda mahu tahu apa yang ada di dalam treler tersebut.

Selain daripada Pikachu dan ramai lagi kemunculan Pokeman lain dalam filem aksi hidup ini, MewTwo jelas akan hadir dalam perjalanan cerita dan ia kelihatan begitu mengagumkan! Memang terdapat desas-desus bahawa kemungkinan watak kegemaran ramai permainan video dan siri animasi ciptaan Satoshi Tajiri  tersebut akan muncul. Dan treler hari ini telah mengesahkannya secara rasmi.

Warner Bros. wajar berasa bangga kerana dapat menangkap sebuah lagi francais besar selepas Harry Potter dan Semesta Kembangan DC Comics (DCEU).

Tonton treler rasmi dan terbaru Detective Pikachu di bawah ini yang bakal ditayangkan pada 10 Mei, 2019:

 

***

 

Sebuah treler terbaru dan poster teaterikal rasmi filem X-Men: Dark Phoenix  telah didedahkan oleh 20th Century Fox dan Marvel.

Walaupun treler acah (teaser) sebelum ini hanya nampak ringkas dan sederhana, masih wujud tarikan tontonan oleh peminat setia untuk kisah adiwira mutan Marvel tersebut. Tambahan lagi ia kini sudah sah kembali dan menjadi milik Marvel Studios.

Treler rasmi terbaru dan poster teaterikal dapat anda lihat di bawah ini:

Filem X-Men: Dark Phoenix ini akan bakal berada di pawagam seluruh dunia pada 7 Jun, 2019.

 

***

 

Hotel Transylvania mungkin tidak mendapat perhatian ataupun tarikan besar sepertimana francais filem animasi lain.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini ia tetap akan diberikan suntikan sekuel kerana Columbia dan Sony Pictures Animation merasakan bahawa Hotel Transylvania 4 wajar diteruskan kerana ia mempunyai barisan peminat setianya yang tersendiri.

Bintang dan pelakon suara asal iaitu Adam Sandler, Andy Samberg, Selena Gomez, Kevin James, Steve Buscemi, David Spade, Keegan-Michael Key, Molly Shannon, Fran Drescher dan Mel Brooks dijangkankan akan muncul kembali untuk filem ini.

Cuma belum pasti sama ada pengarah Genndy Tartakovsky yang bertanggungjawab menghasilkan tiga filem terdahulu akan kembali untuk sekuel tersebut.

Sebagai rekod, filem Hotel Transylvania 3: Summer Vacation (2018) sebenarnya adalah filem animasi paling menguntungkan buat Sony Pictures Animation pernah dihasilkan setakat ini. Ia berjaya meraih sebanyak USD$528 juta bagi pasaran global. Dan filem animasi dari studio sama yang baru memenangi Anugerah Academy baru-baru ini, Spider-Man: Into the Spider-Verse tidak dapat mencapai tahap itu dengan hanya kutipan terkumpul USD$359 juta.

Hotel Transylvania 4 mensasarkan tarikh tayangan seluruh dunia pada tanggal 22 Disember, 2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *