Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Televisyen Terkini

#TERKINI | Treler DOOM PATROL, Filem THE TRENCH, SKRULL!

DC Universe akhirnya telah menyiarkan sebuah treler acah rasmi untuk tayangan perdana siri televisyen strim terbaru, Doom Patrol!

Dengan pelbagai babak-babak baru termasuk pandang pertama watak penjahat Mr. Nobody yang dilakonkan oleh Alan Tudyk (Frozen, Big Hero 6, Rogue One), naskah adaptasi daripada DC Comics yang bakal bersiaran pada 15 Februari nanti dapat anda tonton di bawah ini:

 

***

 

Slot video promosi terbaru Captain Marvel di bawah ini padat dengan aksi-aksi dan babak yang belum terlihat sebelum ini.

Ia mempertontonkan bagaimana Carol Danvers/Captain Marvel cuba menerangkan kehadirannya ke bumi kepada Nick Fury termasuk penampakan anggota StarForce merempuh dan bertempur dengan sekumpulan platun askar Skrull!

 

***

 

Susulan kejayaan blockbuster luarbiasa Aquaman yang kini sudah kutipan tiket seluruh dunia melebihi USD1 bilion, sumber yang dipetik dari The Hollywood Reporter telah mendedahkan bahawa Warner Bros. kini sedang bersiap-siaga untuk fasa pembangunan awal filem spin-off, The Trench.

Gabungan bakat muda Noah Gardner dan Aidan Fitzgerald yang sebelum ini pernah berkhidmat bersama Bad Robot Productions di bawah sutradara J.J. Abrams untuk projek Super 8 (2011) dan Mission: Impossible – Ghost Protocol (2011) telah diberikan tanggungjawab untuk menjadi penulis skrip.

James Wan dan Peter Safran pula sah tetap kekal sebagai penerbit.

Tiada maklumat lanjut diperolehi melainkan ia bakal berlatarbelakangkan dunia dan kerajaan Trench tanpa kemunculan barisan pelakon-pelakon utama filem Aquaman sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.