Categories
Animasi Anime Filem Komik Manga Terkini

#TERKINI | Treler Sulung JOHN WICK 3, Pandang Pertama Filem BLOODSHOT, Poster Terbaru ALITA: BATTLE ANGEL!

Treler sulung rasmi untuk filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum yang dibintangi oleh teraju utama Keanu Reeves telah dilancarkan hari ini. Turut beraksi adalah Halle Berry, Laurence Fishburne, Mark Dacascos, Asia Kate Dillon, Lance Reddick, Saïd Taghmaoui, Jerome Flynn, Jason Mantzoukas, Tobias Segal, Boban Marjanovic, Anjelica Huston, Ian McShane termasuk bintang aksi tempur dari Indonesia, Yayan Ruhian dan Cecep Arif Rahman!

Filem arahan Chad Stahelski ini akan berada di pawagam pada 17 Mei, 2019.

 

* * *

 

Vin Diesel telah memuatnaik foto rasmi dari set penggambaran filem Bloodshot adaptasi komik terbitan Valiant Entertainment hari ini.

Beliau memegang watak utama Ray Garrison yang bakal berubah menjadi adiwira komik kesan dan hasil eksperimen teknologi nano demi memberikannya kuasa regenerasi semula serta metamorph luarbiasa. Selain filem ini, sebuah lagi filem daripada komik Valiant Entertainment berjudul Harbinger sedang giat dalam fasa pra-produksi yang seterusnya akan menjurus kepada pertembungan muktamad dalam filem Harbinger Wars!

Bloodshot akan berada di pawagam pada 22 Februari, 2020.

 

* * *

 

Berikut pula adalah barisan poster terbaru untuk semua watak-watak utama yang bakal muncul menerusi filem Alita: Battle Angel arahan Robert Rodriguez dan diterbitkan oleh James Cameron.

Filem adaptasi manga cyberpunk ciptaan Yukito Kishiro tersebut akan berada di pawagam seluruh dunia pada 14 Februari, 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published.