Categories
Filem Terkini

THE CURSE OF LA LLORONA Disahkan Kesinambungan Keenam dalam Semesta Filem THE CONJURING!

Dengan barisan penerbit sama dan serupa untuk semua filem The Conjuring, memang mustahil untuk The Curse of La Llorona diletakkan dalam kesinambungan cerita yang berbeza.

Dengan ramai peminat beranggapan bahawa naskah tersebut berdiri dengan sendirinya tanpa ada hubungkait dengan francais tersebut, pihak Warner Bros. tetap tidak berkata apa dan berdiam diri sehinggalah pada hari tayangan eksklusif semasa cara SXSW mengesahkan kesinambungan semesta mereka!

Berdasarkan sumber-sumber terkini, filem tersebut mempunyai pertalian signifikan dengan jalan cerita francais tersebut. Bagi menjawab persoalan mengapa ia tidak dipromosikan sebagai sebahagian daripada saga filem tersebut, jelas penerbit dan pengarah asal James Wan sengaja berbuat demikian untuk menguji tahap kesedaran dan kepekaan para peminat serta penonton setia.

Dengan Tony Amendola kembali semula berperanan sebagai Paderi Perez setelah tampil dalam trilogi Annabelle sebelum ini, The Curse of La Llorona kini sah dan rasmi diiktiraf sebagai kesinambugan keenam dalam francais Semesta The Conjuring.

The Curse of La Llorona bakal berada di pawagam seluruh dunia pada 19 April, 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published.