The Flash Akan Mengejutkan Kita Semua!

Blog, Filem, Komik, Televisyen, Terkini

Jika kita amati dan perhatikan segala perkembangan terbaru yang berlegar sekitar filem solo sulung The Flash untuk tayangan pada hujung tahun hadapan, jelas terlalu banyak kejutan tersedia untuk semua.

Daripada pengumuman kembalinya kedua-dua versi Batman, Michael Keaton sebagai Batman/Bruce Wayne ke layar pawagam sejak penampilan terakhirnya dalam Batman Returns (1992) dan Ben Affleck sejak Batman v Superman: Dawn of Justice (2016) serta penampilan watak baru lain seperti Supergirl termasuk The Flash versi siri televisyen saluran CW, pengarah Andy Muschietti nampaknya mahukan sesuatu yang lain daripada yang lain.

Dengan jalan cerita filem tersebut banyak dipengaruhi oleh komik Flashpoint (2011), aku sangat yakin kejutan tidak akan berhenti setakat itu.

Masakan tidak. Dek kerana watak The Flash inilah banyak sejarah dan legasi besar dalam DC Comics telah wujud sejak overhaul besar-besaran Crisis on Infinite Earths (1985-86) sehinggalah terjadi sekuel kepada Watchmen yakni Doomsday Clock (2017-2019).

Apa lagi yang anda semua mahukan jika tidak hanya yang best-best belaka selepas ini untuk DCEU!

Faizal Mukhtar selaku penulis pula percaya jika setiap kali ada jalan cerita komik, filem atau televisyen bermain dengan plot putaran masa, mesti akan jadi best. Sebab kalau tak best nanti akan ada kemungkinan boleh diubah balik dengan mengundur semula masa dan buat balik berkali-kali sampai best.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *