Categories
Filem Komik Terkini

Tonton Babak Eksklusif Berdurasi 3-Minit untuk Filem Adaptasi Komik SHAZAM!

Shazam! bakal membuat kemunculan aksi hidup sulung di pawagam seluruh dunia tidak lama lagi.

Bagi meraikan dan menyambut ketibaan filem tersebut, pihak Warner Bros. dan DC Comics telah melancarkan sebuah klip video sepanjang 3 minit daripada babak filem arahan David Sandberg itu di atas talian!

Dalam babak ini, kita dapat melihat kelibat Shazam lakonan Zachary Levi yang terpaksa meyakinkan sahabatnya bernama Freddy Freeman bahawa dia sebenarnya adalah Billy Batson. Mereka kemudian berkeputusan untuk cuba mengesan dan menguji apakah kuasa luarbiasa yang hadir bersama kostum superhero kilat berwarna merah kuning itu.

Tonton babak eksklusif filem Shazam! tersebut di bawah ini:

Shazam! turut dibintangi Asher Angel sebagai Billy Batson, Mark Strong sebagai Dr. Thaddeus Sivana, Djimon Hounsou sebagai The Wizard, Grace Fulton sebagai Mary Bromfield, Ian Chen sebagai Eugene Choi, Jovan Armand sebagai Pedro Peña, Faithe Herman sebagai Darla Dudley, Cooper Andrews sebagai Victor Vásquez dan Marta Milans sebagai Rosa Vásquez.

Bakal berada di pawagam dengan tarikh tayangan rasmi 5 April, 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published.