Categories
Filem Komik Terkini

Tonton Treler Lanjutan dan Poster Teaterikal Rasmi Filem BRIGHTBURN arahan James Gunn!

San Diego Comic-Con 2018 (SDCC18) merupakan masa dan ketikanya mula-mula filem Brightburn diumumkan kepada khalayak ramai.

Namun dsebabkan faktor yang tidak dapat dielakkan bagi tayangan rasmi pada penghujung tahun lalu, maka ia telah dianjakkan pada bulan Mei 2019. Dan untuk menyambut kehadiran filem arahan David Yarovesky dan diterbitkan oleh James Gunn tersebut, sebuah treler lanjutan (extended trailer) telah didedahkan untukt tatapan umum. Tidak cukup dengan itu, sebuah poster teaterikal rasmi turut didedahkan untuk filem bergenre seram dan adiwira unik yang pastinya bakal menarik perhatian para peminat dan penonton naskah dalam kategori itu.

Treler lanjutan dan poster teaterikal rasmi tersebut dapat anda lihat di bawah ini:

Brightburn ditulis oleh Brian Gunn (adik James Gunn) dan Mark Gunn (adik saudara James Gunn) serta akan berada di pawagam seluruh dunia pada 24 Mei, 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published.