Hari ini adalah hari yang paling dinantikan oleh semua peminat-peminat dan pengikut-pengikut setia Star Wars di seluruh dunia.

Ia adalah kerana pada hari ini adalah hari di mana disiarkan treler rasmi akhir untuk filem Star Wars: Episode IX – Rise of Skywalker dan ia sememangnya adalah satu pendedahan yang begitu epik!

Kami yakin selepas ini lebih ramai di antara kita yang tidak sabar-sabar lagi untuk ke pawagam pada hujung tahun  nanti untuk menonton sendiri kesudahan saga opera angkasa ciptaan George Lucas tersebut yang disahkan rasmi akan menutup perjalanan cerita yang berputar sekitar keluarga dan keturunan Skywalker.

Sutradara J. J Abrams kembali semula sebagai pengarah setelah membuka tirai trilogi baru ini untuk Star Wars: Episode VII – The Force Awakens kira-kira empat tahun lalu.

Tonton treler rasmi akhir tersebut di bawah ini:

Star Wars: Episode IX – Rise of Skywalker akan berada di pawagam seluruh dunia pada 20 Disember, 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *