Categories
Filem Komik Terkini

Tonton Treler Rasmi Filem Adaptasi Grafik Novel POLAR!

Netflix telah melancarkan sebuah video treler sulung rasmi untuk filem Polar yang dibintangi oleh Mads Mikkelsen (Casino Royale, Rogue One: A Star Wars Story) dan Vanessa Hudgens (Sucker Punch, Bad Boys for Life).

Ia mengisahkan pembunuh upahan nombor satu dunia bernama Duncan Vizla atau gelarannya “The Black Kaiser” yang sedang menikmati persaraan sehinggalah bekas majikannya melabelkan beliau sebagai satu liabiliti. Oleh itu, beliau terpaksa beraksi semula dan berhadapan dengan sekumpulan pembunuh upahan yang lebih muda, lebih tangkas dan lebih kejam demi misi mustahil menamatkan riwayatnya.

Tonton treler rasmi untuk filem Polar tersebut di bawah ini:

Diarahkan oleh Jonas Akerlund dan skrip hasil sentuhan Jayson Rothwell, ia turut dibantu oleh pelakon terkenal lain seperti Fei Ren, Johnny Knoxville, Richard Dreyfuss dan ramai lagi.

Untuk yang tidak mengetahui, Polar adalah berdasarkan adaptasi novel grafik terbitan Dark Horse Comics berjudul Polar: Came from the Cold karya Victor Santos yang dalam versi asal hanyalah sebuah webcomic dengan dialog minima.

Ia bakal disiarkan menerusi saluran strim Netflix pada tanggal 25 Januari, 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published.