Superman: Man of Tomorrow yang dijadualkan untuk tontonan umum tidak lama lagi akan menjadi platform dan era baru halatuju cerita DC Animated Universe (DCAU) dari Warner Bros. dan DC Comics setelah kesudahan Justice League Dark: Apokolips War.

Dalam filem animasi terbaru ini, Clark Kent yang hadir sebagai staf sambilan di Daily Planet dikejutkan dengan kemunculan Lobo dan Parasite yang bakal memporak-perandakan kotaraya Metropolis.

Pelakon suara Darren Criss (Glee, American Crime Story, Hollywood) memainkan peranan sebagai Clark Kent, sementara Zachary Quinto (Heroes, Star Trek) hadir sebagai watak Lex Luthor. Barisan pelakon terkenal lain yang membintangi filem ini adalah Alexandra Daddario (True Detective, Baywatch, San Adreas) sebagai Lois Lane, Brett Dalton (Agent of S.H.I.E.L.D.) sebagai Lobo, Ryan Hurst (The Walking Dead) sebagai Parasite dan Ike Amadi (Mortal Kombat Legends: Scorpion’s Revenge) sebagai Martian Manhunter.

Pastinya ini merupakan senarai pelakon suara DCAU yang paling mengagumkan sehingga kini.

Tonton treler rasmi sulung untuk Superman: Man of Tomorrow di bawah ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *