Categories
Filem Komik Terkini

Tonton treler rasmi sulung untuk filem THE KING’S MAN!

Treler rasmi sulung untuk filem arahan Matthew Vaughn berjudul The King’s Man (yang judul asalnya adalah Kingsman: The Great Game) kini sudah dilancarkan.

Dan ia memberikan paparan penuh aksi untuk prekuel tersebut yang dinantikan sekian lama oleh peminat.

Filem ini menampilkan kemculan bintang utama yang diterajui oleh Ralph Fiennes sebagai T. E. Lawrence yang dipertanggungjawabkan membimbing seorang agen muda dan baru bernama Conrad lakonan Harris Dickinso sebagai Ejen Elit Kingsman elit. Selain jalan cerita yang berlangsung semasa dan selepas Perang Dunia Pertama, filem ini turut meneroka asal-usul agensi perisikan Britain yang misterius itu.

Namun begitu, treler terbaru tersebut masih tidak banyak mendedahkan kita plot jalan cerita jelas. Setakat ini, kita hanya tahu bahawa ianya berkisah tentang “sekumpulan penyangak dan penjahat terkenal dalam sejarah dunia yang berkumpul serta merancang perang untuk menghapuskan berjuta-juta nyawa dan misi T. E Lawrence mengejar masa untuk menghentikannya”.

Tonton treler rasmi sulung untuk filem The King’s Man di bawah ini:

Filem di atas turut dibintangi Liam Neeson, Daniel Brühl, Gemma Arterton, Aaron Taylor-Johnson, Charles Dance, Matthew Goode, Tom Hollander, Djimon Hounsou dan Stanley Tucci. Bakal berada di pawagam seluruh dunia pada 18 September, 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published.